May 7, 2022

Takdir

Sebelum kita lahir lagi, sudah tercoret kisah perjalanan hidup kita di muka bumi ini, telah dilakar corak kehidupan masing-masing. Setiap orang mempunyai buku cerita tersendiri. Mungkin.. ada yang tertanya jika telah diitetapkan aturan oleh Allah terhadap kita semua, buat apa kita perlu usaha? tunggu sahaja lah kan jalan hidup ni jalan.. sebenarnya fikiran sebegitu sangatlah tidak benar. memang betul aturan jalan hidup kita dah pun ditetapkan oleh Yang Maha Esa tetapi nak tegaskan dekat sini, kita punyai pilihan tersendiri untuk mengubah nasib kita sama ada hendak sukses atau gagal dalam kehidupan. 


Dalam Al-Quran sendiri, Allah berfirman, bahawa Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri ubahnya. Maksud dekat sini betapa pentingnya usaha dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Usaha itu penting untuk mendapat kan kehidupan yang lebihbaik lebih berjaya. Mungkinlah ada yang kata saya usaha setiap malam saya tidur lewat belajar dan belajar tak henti-henti, tetapi result saya tak seperti saya taget atau tak seperti yang saya harap. ini tak adil! jangan begitu.. ingat bende ni untuk tenangkan fikiran korang. Pahala yang Allah beri adalah setanding dengan berapa banyak usaha kamu dalam menimba ilmu. Yang pertama sekali, walaupun result tak seberapa gempak, dalam menuntut ilmu ni kita mesti kena ada niat untuk timba ilmu supaya dapat pengetahuan yang lebih luas untuk kegunaan pada masa depan..jangan semata-semata untuk dapat result gempak sahaja. pastikan menuntut ilmu ni niat sepenuhnya Kerana Allah taala. dan kalau.. 

korang semua pernah rasa penat yang teramat dalam usaha menuntut ilmu ni, korang just kene ingat yang.. dalam banyak2 penat yang Allah suka dalam muka bumi ini, ialah.. penat dalam menuntut ilmu ;) so jangan sedih jangan rasa usaha yang korang buat semua tu sia2. Allah Maha Adil dan berhak untuk memberi pahala sebanyak mungkin kepada mereka yang kuat usaha meskipun result exam tak sehebatnya. Allah pandang usaha bukan result. result itu adalah bonus dan kegembiraan kecil dalam dunia realiti, namun usaha yg kite pikul itulah sepatutnya dijadikan kegembiraan besar kerana kita harungi usaha utk menuntut ilmu itu. Dan memang betul ada..yang mereka belajar sekali lalu je dah terus faham.. Alah nin pun pernah lah ada kawan yang die tidur waktu kelas selalu ponteng kelas sekali result die fuhhh memang gempaks. tapii jangan sedih jealous dgnnya tu normalisasi. tapi jangan dengki sudah haha😅 bahaya tu..  ada orang yang die usaha banyak kali pun masih susah nak faham.. lambat tangkap. tetapi itu semua rezeki yang Allah beri .. setiap orang ada tahap penguasaan ilmu yang berbeza.. tapi yang bezanya adalah cara kite usaha utk menuntut ilmu ;) memang kejayaan utk orang macam tu senang tapi kalau kita dapat jaga akhlak sekali bukankah itu lagi indah di mata manusia? sekarang ramai yang bijak pandai tapi tertinggal akhlak.. jangan sesekali kita tinggal akhlak walau sehebat mana kita pun nanti.


Dalam takdir kehidupan kita ini.. dengan siapa yang kita kenal, beratus2 manusia datang dan pergi dalam hidup kita sebenarnya telah pun ditetapkan oleh Allah. dan mereka datang dan pergi tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meninggalkan kite sebuah pengajaran,kesabaran, nasihat, hikmah yang kita tak sangkakan, semangat yang lusar biasa, pengalaman yang pahit dan manis yng mengajar kita erti nilai kehidupan, mengajar erti persahabatan.







Cara kawal sifat marah

 Hai Assalamualaikum, 

#penulisankudakwahku


Tips untuk kawal sifat marah

1. Tarik nafas.. dalam2. lepas 3/5 kali

2. ISTIGHFAR 7/30X

3.DIAM 

jangan balas, senyap sahaj walaupun perit, kecuali fitnah kena tegaskan dengan penuh hikmah

4. duduk jika sedang berdiri,baring jika sedang duduk

5. ambil wudu'

6. dengarkan zikir di utube.. zikir penenang hati.. sambil baring dan selesaikan masalah itu sebaik mungkin dengan diri. jika remeh abaikan.

TUNDUKKAN AKU

 TUNDUKKAN AKU,

aku ingin menjadi serendah-rendah rumput, biarpun orang mengata apa.

Ya Allah jadikanlah aku hamba yang tidak terkenal di muka bumi tetapi terkenal di alam akhirat.

Aku ingin menjadi diantara orang yang biasa, yang menyimpan segala kebaikan daripada dilihat orang.

Aku ingin kelihatan biasa, namun kebaikan yang kulakukan , CUKUP Tuhan dan Aku mengetahui tentangnya. 

Ya Allah jadikanlah aku orang yang solehah yang melakukan amalan kebaikan yang banyak bukan semata pujian manusia, bukan semata dilihat baik oleh manusia. tetapi hanyalah sebagai Hamba Mu. 

Jadi kan lah diri aku hambah yang merendah diri. rendah hati.

Ya Allah pertemukanlah aku dengan orang-orang yang solehah, yang mengajakku kearah kebaikan.

Jauhkan lah aku daripada sifat riak dan takabbur dalam beramal ibadah.

Pada engkau sahaja aku tunjuk kebenaran sisi ku bukan semata-mata pujian orang lain.

August 23, 2021

Impian ku yang aku Pendam


 Impian yang aku pendam, tetapi tidak akan dapat. :)


Adalah nak sekolah agama/tahfiz.

Pertama sekali aku akan ceritakan kisah aku waktu aku darjah 4 aku baru balik dari oversea, UK. Belajar dekat sana hampir 3 tahun. Bila balik dari Malaysia, waktu tu memang sangat busy uruskan macam2 perabot rumah pastu duduk kat rumah pakcik dulu baru boleh pindah rumah asal, dll. tapi yang paling sibuk adalah urusan kemasukan sekolah untuk aku dan 4 beradikku. Dua orang adik aku dapat masuk tadika dekat dengan rumah aku, jadi tadika tu swasta juga dan dia akan serap terus masuk Sekolah A.

Jadi tinggallah aku, abang aku dan adik aku seorang

Mak aku memang nak masukkan kami bertiga di sekolah agama swasta A sebab dekat dengan rumah aku.Sebab aku pernah masuk sekolah A tu waktu darjah 1 tapi sempat setengah tahun je.

Waktu aku darjah 4.. Mak aku hampir SETIAP hari pergi sekolah  A untuk mohon kami bertiga masuk sekolah tu. Banyak kali. Tapi ditolak ditolak ditolak. dengan alasannya dah penuh. Aku macam aik?? kenapa penuh pulak. jawapan pengetua tu macam tak muhasabah tau haih. sebab aku ada borak dengan kawan aku yg sekolah A dia kata banyak je ruang kosong kat situ. hmm. entahlah.. last sekali  mak aku buat rayuan , mak aku bawa aku ,abang aku dan adik aku yg beza setahun pergi ke ofis pengetua sekolah A tu dan jumpa pengetua sendiri. Mula2 aku ingat mak aku main2 sekali betul2. kitorang pun pergilah aku ngn adikberadik aku duduk kat sofa. aku ingat lagi. masa tu mak aku tengoh berurusan dengan pengeuta. punyalah banyak kali rayuan last sekali, pengetua tu macam kesian , pengetua tu kata okaylah boleh masuk tapi untuk seorang abang SAHAJA. Ya Allah sedihnya tak terkata. aku ngn adik aku tak dapat  masuk kecuali abang aku je dapat masuk sekolah A tu hmm. Takde rezeki namanya. Aku pun tak tahu kenapa die tak nak bagi aku masuk sekolah tu padahal skolah tu swasta berbayar kut haish.

Lepastu urusan sekolah untuk aku ngn adik aku pula, mak aku pun fed up lah,tapi bersyukur juga at least sorang dapat masuk sekolah tu. aku ngn adik aku pula mak aku hantar sekolah agama swasta yang lain pula.. sekolah tu sekolah SA. Bermulalah kehidupan baru aku dekat sekolah tu. Bermacam2 hal yg berlaku. tak tahulah nak cakap apa.. tapi banyak sangat hal yg aku rasa tak patut cerita, banyak tuduhan dan nak dipendekkan cerita aku sangat tak pandai semua subjek bila sekolah kat sini. Aku taknak cerita pasal pengalaman aku kat sekolah agama SA ni. Tapi yang best pasal sekolah tu, setiap hari memang kitorang akan pecah kepada kumpulan untuk hafal quran setiap hari. sama macam sekolah A yg dekat rumah aku.

Selepas tu, adalah beberapa konflik. Aku pun dipindahkan ke sekolah kebangsaan dengan adik aku. Aku sempat setahun je dekat sekolah agama swasta SA tu.  Tapi waktu ni aku jadi pendiam yang sangat pendiam. kawan pun ada seorang je.. tapi rakan aku tu ada masalah sikit.. hmm.. pagi sekolah kebangsaan petang pergi sekolah agama. Tapi aku paling suka sekolah agama seronok sangat2. aku ada ramai kawan yg pelbagai latar. dekat situ aku belajar erti kesusahan sebab ramai yg latar sederhana dan biasa sahaja berbanding sekolah swasta. kat sekolah agama tu seronokk sangatt!! tapi perangai aku haha nakal sangat. masa tu lah aku mula jatuh cinta dengan Agama.. aku suka belajar agama kat sekolah tu.. subjek paling aku suka bahasa arab. hehe.. lepastu dulu aku rajin sangat kalau dekat sekolah agama sebab selalu bersaing ngn kawan2 yg pandai.. aku sekolah situ sampai lah darjah 6..


Waktu aku tingkatan 1. Aku teringin!!!! sangat sangat sangat nak sekolah agama!! tapi hmm.. aku tak layak.. entahlah walaupun sebenarnya boleh je mohon. tingkatan 1 aku sekolah kebangsaan juga yg menengah lah of course heheee. waktu tu aku dapat aliran agama.. lepastu tetibe dapat tawaran SMK yg lebih bagus yg dikatakan berprestij lah dkt kawasan rumah aku. pastu aku pindah skolah tu.. tapi silap besarnya aku tak ambil aliran agama hmm. sedih sangat. sebab aku rasa dah cukup dah sbb belah pagi aku ada sekolah agama dekat sebuah sekolah lama aku. jadi aku rasa macam penat kalau ambil dua kali. sekali haihh... ya Allah.. aku ada masalah pulak dekat sekolah agama tu dan aku tekad untuk berhenti sebab ada seorang kawan aku tu dia banyak perlekehkan aku ,ejek aku .. dsbgainya.. sori gais aku memang hati tisu tak kental snagat bab2 ejek mengejek sksk... bila dah berhenti sekolah agama belah pagi tu.. jadi memang sekolah sepenuhnya lah SMK tu tanpa ambil aliran agama. Memang silap besar sebab aku tak ikut cakap mak aku untuk apply aliran agama. sbeab mak aku memang nak suruh masuk aliran agama.. tapi sebb aku rasa banyak sangat kelas agama tu yg jadi mcm ni.. nak pendekkan cerita sume adik beradik aku amik aliran agama kecuali aku sahaja.. start tingkatan dua aku mula depress dan menyesal gila tak amik aliran agama. sampaikan aku gigihkan juga belajar agama snediri2 dekat rumah guna buku2 agama yg lama. aku try hafal sendiri ayat quran. sebabb aku suka hafal ayat quran waktu sekolah swasta agama dulu. aku sedih sangat. aku selalu menyesal sebab tak amik aliran agama.


Setiap hari aku dengar ceramah agama,belajar buku agama, dsbgnya, Lepastu waktu aku tingkatan tiga aku dah tekad. aku cakap ngn diri aku . aku nak pindah juga ke sekolah agama. sebab niat aku nak sangat sangat belajar agama. aku siap buat research !! tentang semua sekolah agama yg ada dkt Malaysia. memang aku banyak ingat nama2 skagama, memakan banyak masa buat research sbb aku mmng exited tak sabar nak masuk sekolah agama. aku banyak baca blog2 orang tak henti2. antara yg aku ingat KISAS lah paling popular ,imtiaaz Besut, MRSM ulul albab, SMAPkajang/labu/ naimlilbanat.. dan banyak lagi lah sekolah agama yg aku buat research. sampaikann!!! aku siap mesej owner facebook KISAS. aku tanya samada boleh ke kalau yg tak amik aliran agama masuk KISAS. dan waktu itulah.. impian aku hancur sehancurnya. admin KISAS tu reply tidak boleh. sedihnyaaaaaaaaa hanya Allah sahaja yang tahu. Aku baru tahu waktu tu kalau nak masuk sk agama time f4 wajib ada aliran agama/arab time tu aku sedih gila. memang rasa x de harapan langsung. lepastu nak pindah sekolah lain pun tak boleh juga. sebab result aku teruk sangat time tu aku sangat murung sbb result. aku dah aim memang nak pindah sekolah, sebab aku x selesa sangat sekolah tu.. sedihnya hanya Allah sahaja yg tahu.


Tipulah kalau aku tak menangis, aku menangis sangat2. mak aku banyak pujuk aku. time tu aku hampir putus asa. Aku cakap kenapaa aku tak dapat sekolah agama? kenapa aku tak dapat sambung sk agama? sepanjang 5 tahun aku amik aliran sn tulen tanpa agama. cume belajar jugalah pendidikan Islam. satu2nya lah yg aku boleh dalami agama dkt skolah selain ceramah agama melalui utube.


Tapi bila aku dengar nasihat ibu aku.. aku boleh terima seadanya keputusan PT3 aku, dan takdir aku untuk terus sambung skolah yg sama. sebab aku tak layak untuk sekolah mrsm/sbp lain. kalau pindah pun bukan dalam aliran arab. jadi aku hadapi sehinggalah aku f5. Impian aku memang hancur sehancurnya. aku fikir andailah aku dapat ulang balik masa aku dan memilih untuk ambil aliran agama.


Bila fikir balik. inilah namanya takdir, dan harus diiringi dengan REDHA. betul , aku percaya bahawa perjalanan hidup aku ini sudah tertulis pun. aku mula redha dengan setiap perkara yang aku hadapi. 

dan aku berpegang kepada satu ayat quran ini untuk aku terima hakikat yg aku takkan belajar aliran agama/sk agama...  iaitu ayat quran bermaskud. 



Aku yakin, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. cuma aku tak sabar nak tahu hikmahnya.
Insha Allah.. Aku mula redha dengan takdir. aku fikir jika aku sekolah lain aku takkan temu kawan baik aku sampai sekarang yg masih setia dengan aku.. Aku sayang kau sahabat till syurga.. Aku tanamkan diri untuk sentiasa bersangka baik setiap apa yg berlaku. Jadi aku nak pesan kalau kau yg membaca ni bersekolah agama, tolong syukur kerana ada ramai sangat dekat luar sana yang nak sekolah agama tapi tak dapat. 

Setiap kali aku nampak mereka2 yg sekolah agama, aku selalu rasakan ketenangan, kerana keiinginan ku yg dah lama ku pendam untuk sekolah agama. mereka yg pakai tudung labuh, lelaki yg berkopiah berjubah. <3

Bila aku fikirkan balik ,oh ini mesti dah tetapkan perjalanan hidup aku dengan siapa aku kawan siapa aku jumpa. dan kalau fikirkan balik, dari awal2 lagi darjah 4 aku x dapat masuk sekolah rendah agama swasta tu. kalau tak sekolah mengah pun aku akan sekolah situ.. senang cerita sekolah yg mak aku nak mohon awal2 tu sekolah islamic school swasta.   Tapi memang bukan rezeki aku untuk masuk sekolah itu.

Aku perlu berdamai dengan takdir :).. Kalau korang susah nak hadapi takdir yg tertulis, korang kene ingat that everything happens for a reason. setiap yg berlaku samada suka atau tak semuanya bersebab <3 

sekarang aku sedang belajar di sebuah Univ, sedang mencapai cita2 aku untuk menjadi seorang pendidik



July 26, 2021

TEMUDUGA PENDIDIKAN SAINS MATEMATIK UPM (INTERVIEW ONLINE)

 Assalamualaikum :).. harap korang semua yang membaca blog ni dan semua orang berada dalam keadaan sihat dilindungi Allah sentiasa, dilindungi daripada wabak penyakit covid-19. aamiin..

aku pelajar asasi sains pertanian di UPM. tapi aku tak nak cerita pengalaman belajar sebagai ASPER. Haa apa itu asper?? haha asper tu short form kepada Asasi Sains PERtanian.. elehh bila dengar pertanian je mesti dah meluat kann haha. tapi jangan terkejut biasanya pelajar asasi UPM ni lebih secure dan jaminan tinggi untuk sambung belajar DEGREE dekat UPM. sebab UPM akan utamakan pelajar asasi dia. Bukan sebab Pertanian je pelajar asasi kena amik degree pertanian. TAK itu SEMUA MITOS! hahaha.. banyak pilihan degree .. ha kalau nak tahu boleh tengok course yang ditawarkan dekat web UPM.

OKAYY! hari ini aku nak cerita pengalaman/perjalanan aku untuk berjuang menjadi seorang pendidik satu hari nanti.

PERJALANAN AKU MEMOHON BIDANG PERGURUAN

aku memang minat jadi guru dari sekolah rendah lagi. Selepas habis SPM, aku sambung belajar di ASASI UPM @tau lebih dikenali sebagai ASPER. Lepas habis asasi korang tak perlu risau, sebab semua yang ambil asasi di UPM, memang jaminan dia belajar degree kat UPM. jadi tak perlu pening2 nak masuk U apa.. hehe okay senang cerita aku mohon PENDIDIKAN SAINS MATEMATIK dengan kepujian. sebab aku minat Math hehe..okay okay mesti ada orang tanya kenapa tak mohon IPG kalau nak jadi cikgu.. Aku memang dah niat awal2 dah lepas habis SPM aku memang nak mohon IPG. sebab aku nak jadi cikgu tapi aku ada prinsip sendiri kalau nak jadi cikgu huhu. prinsip aku ,aku tak kan jadi cikgu di luar bidang minat aku.. haaa! prinsip aku ,aku akan ajar apa yang aku betul2 minat supaya nak ajar pelajar pun seronok sebab ajar bende kita minat. dalam banyak2 subjek aku tak suka biologi hehe dan english oops haha.. tulah kelemahan aku. ;) tapi waktu aku nak isi IPG. sedihnya IPG waktu tu dia tak tawarkan langsung perguruan Matematik, subjek lain semua ada tapi matematik takde. jadi aku agak sedih dan terkilan. jadi aku pun berhasrat nak ambil asasi, dan degree ambil pendidikan.

 Bukan apa , matalamat aku bukan semata2 nak jadi cikgu je sebab jaminan kerja tak. sebab memang minat nak jadi cikgu dan kalau ambil subjek yang aku tak minat rasa macam sia2, macam kau kena belajar benda yang kau tak minat, tapi yelah memanglah minat boleh cope. bagi aku susah dan ambil masa lama dan bagi aku alang2 aku ada bakat dalam Math why not aku sumbangkan ilmu dan kemahiran matematik aku dekat anak muda(pelajar) hehe.

OKOK.. hahah back to perjalanan untuk sambung pengajian pendidikan Matematik peringkat degree.

Mula2 of course lah bila kita betul2 nak jadi cikgu confirm2 kena letak pendidikan tu pilihan yang pertama sekali atau kedua. kalau ketiga keempat memang diorg takkan ambil. diorang akan pilih yang betul2 serius nak jadi cikgu..jadi bila buat pilihan kemasukan degree dah kena letak pendidikan pilihan pertama. yang kedua, serius ni aku cakap based on pengalaman aku, korang yang nak amik pendidikan pun kena make sure result sem 1 kene BOOST maksud aku kena perform dan dpt markah cantik sebab tawaran medsi ni dia akan tengok based on sem 1 juga. kalau sem 1 result teruk kemungkinan besar dia tak akan bagi tawaran medsi. apa2 pun atas rezeki masing2.

Okay sebenarnya nak masuk pengajian kursus pendidikan ni ada tiga STAGES. yang pertama 

1. Tawaran menduduki UJIAN MEDSI

2. Tawaran TEMUDUGA/INTERVIEW

3. Tawaran KEMASUKAN PENGAJIAN PENDIDIKAN SAINS MATEMATIK

Untuk tawaran medsi. Bagi yang tak tahu medsi tu apa. MEDSI ni Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) is a selection test for entry into Education.soalan medsi antaranya nak tengok/menilai kita punya personaliti guru minat kerjaya nilai integriti dan kecerdasan emosi. Untuk Ujian MEDSI ni aku sarankan korang buatlah research dkt internet pasal MEDSI, cari tips2 untuk jawab ujian MEDSI. Kena ada usaha baru berhasil, sebab hasil tak datang bergolek macam tu tanpa usaha kan? ;) Jadi kena rajin cari tips2 jawab medsi.

yang stages ketiga tu maksudnya dengan rasminya anda akan belajar kursus pendidikan dalam subjek yang korang minta. itu yang penat tu ada tiga stage huhu..


TIPS TEMUDUGA PENDIDIKAN

Okay Stage yang kedua ni pasal TEMUDUGA. haha ni lah ramai yang menanti2kan kan? haha..

okay sejujurnyalah. aku sebagai SECOND BATCH yang kena interview pendidikan secara online huuhu. tapi bagi aku entahlah ada baik buruk dia interview online ni. tapi mesti ada yang suka kan? sebab hilang nervous semua kan.. haha . setahu aku interview pendidikan ni ada dua kaedah antaranya melalui Video atau secara face to face through zoom/gmeet. Dia depends on Universiti masing2. kalau UPSI kebanyakannya suruh interview melalui video. maksudnya macam kita rakam video kita ikut kriteria yang dia minta lepastu submit dekat UPSI. Tapi kalau untuk UPM memang fully zoom, maksud aku kena interview secara live lah depan2 melalui zoom. huhu scary menggigil habis haha.. pros interview online ni tak rasa nervous sangat, tapi cons interview online ni hurmm.. internet terputus2, gambar kita punya video tak clear. Takut2 time kita nak bercakap tu terputus2. ha tu paling bahaya lah so make sure korang nak buat interview buat dekat tempat yang internet stabil okay? 


okay okay.. antara persediaan korang sebelum temuduga hhuhu aku sarankan sangat sangat sangat tanyaaa kakak atau abang2 senior yang ambil pendidikan tentang pengalaman diorg interview online. sebab dari situ kita boleh agak soalan apa yang akan juri tu tanya nanti. aku dahlah takde sapa kenalan sangat dengan akak senior kat UPM, yelah sebab kelas online memanjang, classmate aku kat asasi pun tak berapa rapat apatah lagi akak senior hahaha. tapi aku still usaha lah cari search tanya kat group UPM. sampai lah aku mesej tiga orang akak ni, aku minta diorang bagi tips2 interview nasib tiga2 tu memang batch pertama interview online.

soalan JURI based on pengalaman aku kena interview huhu:

1. okay boleh perkenalkan diri

bagitahu nama kau siapa, dulu sekolah dekat mana.

2. Ceritakan latar belakang keluarga kamu

cerita ada berapa adik beradik, mak ayah kerja apa.

3. Apa pilihan pertama,kedua dan ketiga kamu?

Aku punya pilihan pertama,kedua ketiga ialah. Pendidikan Sains Matematik, Statistik, Pure Matematik.

Okay sejujurnya ada sebab kenapa dia tanya soalan ni. Antaranya dia nak tengok tahap minat awak terhadap subjek yang korang mohon. sebab ada certain orang memang dia nak jadi cikgu so dia letak pilihan first sampai akhir pendidikan pendidikan pendidikan tapi subjek lain2. jadi kalau tengok kat situ minat pun dah lain2. macam takde yang tetap. aku just nak cakap high chance untuk mereka yang pilih pilihan satu dua tiga dalam skop bidang yang dia minat tu tinggi. tapi tak bermaksud tak boleh letak pendidikan banyak2. kalau boleh at least tiga jelah pendidikan. tapi apa2 pun tengok rezeki masing2 juga. so no worry.kalau korang dapat dua tawaran pendidikan nanti dia akan tanya perbandingan dua pendidikan yang korang mohon tu. ni untuk interview UPM je tau, yang uni lain aku tak sure.

4. Apa kelebihan awak untuk masuk course yang awak minta ni?

yang ni korang kena bagitahu bakat2 korang mungkin dalam mengajar, korang ada experience tak dalam mengajar buat tutor ke atau apa2 lah. dan time ni korang betul2  kena tunjuk yang korang ada bakat dalam mengajar dan minat dalam subjek yang korang mohon . contoh kalau korang mohon pendidikan kimia, korang ceritalah yang korang ada masuk tak apa2 pertandingan atau kuiz berkaitan dengan subjek korang time sekolah, atau ada anugerah kecemerlangan untuk subjek tu ke.Cerita je apa2 kelebihan yang korang ada, dari segi bakat atau personaliti guru ke.

5. Boleh bagitahu apa kelemahan awak? dan apa cara awak untuk perbaiki kelemahan awak.

Yang ni soalan aku memang tak expect langsung. yelah sebab kita dah syok cerita kelebihan kita bakat kita tiba2 tanya kelemahan haha. lepastu aku spontan je aku bagi satu je kelemahan. kalau banyak2 kelemahan habis lah haha. aku cakap aku ada satu  kelemahan bile tiap kali aku nak ajar orang ataupun jumpa orang yang ada kuasa atasan, aku akan cepat menggeletar atau nervous lah. macam tulah.

6. Boleh awak ajar dekat depan, saya nak tengok cara awak ajar.

usihh yangg ni huhu pedihh. aku serious tak prepare apa2 pun. tapi believe in me sesiapa yang dah biasa mengajar takkan rasa kekok langsung untuk ajar depan2 diorg walaupun dalam keadaan sudden/ tiba2. macam aku aku dah start panik sikit. tetiba dia suruh aku ajar haha. aku pun spontan lah ajar tajuk mudah2 je. jangan ajar tajuk yang susah2 nak tunjuk kita hebat tapi kau tak boleh nak ajar. lebih baik tajuk senang tapi senang nak ajar. macam aku aku ajar pecahan hahaha. aku buat imaginasi bayangkan ada kek lepastu potong kepada 8 bahagian ha macamtulah ni untuk matematik ye hehe.haha ikutlah kreativiti masing2. dengan takde alat untuk mengajar 😅. memang banyak kena main dengan imaginasi.

7.  Situasi dan Masalah

soalan yang terakhir aku tak berapa nak ingat sangat tapi. dia bagi situasi dekat aku macam aku sebagai cikgu dekat kelas. lepastu ada masalah murid macam tu kut, lepastu die suruh bagi penyelesaian/solusi yang aku kena buat untuk hadapi masalah tu. waktu ni kena jawab dalam english.


KESIMPULAN

ermm. ini hanya berdasarkan pengalaman aku je. jangan anggap soalan yang aku bagitahu bulat2 ni betul2 keluar time interview korang nanti, lagi2 yang universiti lain lagilah jauh juri maksud aku tahap penilaian mungkin lain2 sikit ikut univ masing2. tapi papepun better tanya senior universiti korang. sebab takut soalan lain2. sebabtulah penting untuk bertanya dan berguru dengan mereka yang lebih pengalaman. Alhamdulillah bila aku tanya akak2 senior UPM degree Math mostly betul lah soalan dia hampir samar2 waktu iv aku haritu. Sebab orang yang sama je interview aku.


itu jelah soalan yang dia tanya kat aku. tapi aku list juga soalan2 dari akak2 senior aku.

1. Kenapa mohon Pendidikan Sains Matematik/ kenapa mohon course ni/kenapa nak jadi cikgu

2. Pengalaman mengajar

3. Background Pendidikan

4. Falsafah Pendidikan (yg ni baca je sikit2/incase kalau dia tanya)

5. cabaran Online class

6.. cara tarik minat pelajar

7. kelebihan diri. Cerita based on sijil2 yg awak dapat. sukan ke pertandingan apa2 aktiviti yg awak terlibat dkt skolah based on sijil/ anugerah akademik dan sebagainya.

8. Situasi menjadi seorang guru. Masalah dan cara penyelesaian.

9. Apa perubahan yang awak nak buat bila jadi cikgu satu hari nanti. maksudnya macam matlamat.

10. berapa result awak untuk sem 1 dan sem2.

11. apa pilihan pertama dan kedua awak? kalau lain nanti diorg akan tanya korang nak yang mana satu? pendidikan fizik ke pendidikan math, yang ni kena bagitahu jujur je. mana korang minat tu cakap je kat diorg. (mostly UPM) 

Antara tips yang aku boleh bagitahu dekat korang.

1. baca doa yunus, surah Al-insyirah (surah penenang hati) ,selawat, baca apa2 ayat ,ayat kursi ke ayat2 yang tenangkan diri ,jangan terlalu nervous okay? rileks chill. dah usaha banyak, so waktu iv tu berserah sepenuhnya kepada Allah, dialah penentu samada kita berjaya atau tak okay? minta doa dari ibu ayah. Baca doa tu sebelum start iv tau hehe jangan baca depan juri pulakk.

2. suara kena lantang dan bersemangat. bukan jerit tapi suara tu kuat dan jelas lah untuk dengar. kalau suara lemau je mana diorg nak amik, sebab seorang guru ni kena ada semangat untuk mengajar supaya pelajar pun x delah ngantuk.

3. Bila nak perkenalkan diri jangan lupa cakap, terima kasih sebab memilih saya untuk ditemuduga pada harini dalam bidang pendidikan sains Matematik dengan kepujian. Ini cara nak tackle hati juri. kita kenalah bagi penghargaan dekat awal interview dan akhir.

4.buat kajian/research tentang pendidikan dan subjek yang korang pilih. macam aku matematik aku kene cari dan baca basic ilmu pengetahuan tentang matematik.Baca juga isu2 pendidikan.

5. Pakaian kena formal. PAKAIAN kena KEMASSS. huhu pakaian pun diorg bagi markah tau!! kalau boleh pakai baju kurung kalau ada pin name tag lagi kemas menunjukkan kita dah bersedia nak jadi cikgu hehe. kalau ada blazer boleh pakai. tudung pun kena kemas tau!. lelaki kalau ada tie in pergh kemas hehe.

6. Mata kena pandang juri. Cakap dengan yakin dan teratur jangan meleret leret.

7. soalan dia dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. so kene ready untuk dua2 bahasa. Kalau dia tanya dalam bahasa melayu jawab bahasa melayu, kalau bahasa inggeris jawab dalam bahasa inggeris.

Yang stages ketiga tu maksudnya dengan rasminya korang akan belajar kursus pendidikan dalam subjek yang korang minta. itu yang penat tu ada tiga stages huhu..


KESIMPULAN

ermm. ini hanya berdasarkan pengalaman aku je. jangan anggap soalan yang aku bagitahu bulat2 ni betul2 keluar time interview korang nanti, lagi2 yang universiti lain lagilah jauh juri maksud aku tahap penilaian mungkin lain2 sikit ikut univ masing2. tapi papepun better tanya senior universiti korang. sebab takut soalan lain2. sebabtulah penting untuk bertanya dan berguru dengan mereka yang lebih pengalaman. Alhamdulillah bila aku tanya akak2 senior UPM degree Math mostly betul lah soalan dia hampir samar2 waktu iv aku haritu. Sebab orang yang sama je interview aku.

Apa2 pun aku doakan yang terbaik untuk korang!! GOODLUCK! yang penting jangan lupa minta doa dan restu ibu bapa. minta kawan2 untuk doakan korang lulus iv. jaga hubungan dengan tuhan, insya Allah dia akan beri yang terbaik dekat korang.

Incase kalau ada yang gagal interview. jangan cepat give up. selagi korang dah lulus medsi korang boleh buat rayuan untuk masuk ke course pendidikan yang korang minta. Usaha tu penting so buat rayuan kalau tak lulus IV. Dan bagi yang korang tak lulus medsi. Kena terima takdir yang ditetapkan. korang kene move on dan yakin, yang Allah akan berikan jalan terbaik daripada yang kamu minta. kadang apa yang kita nak dan apa yang kita minta ,tapi tak dapat bukan sebab Allah tak sayang kita, firstly tengok dulu hubungan kita dengan Allah, kalau dan cukup baik hubungan kita dengan Allah, kena yakin yang Allah nak beri  yang terbaik. Believe in Him. Never stop Praying To Allah. He's the best planner among the universe.

#Update 16/9/21:   Alhamdulillah dapat tawaran sains matematik pendidikan XD. segala puji bagi Allah yg pemurah lagi maha penyayang, yang maha mengetahui dan maha mendengar. <3













September 27, 2019

IBU

ibu,emak,mama,ummi,mummy..

 panggilan-panggilan khas untuk ibu kita yang tercinta.

tipulah kalau tak sayang mak sendiri..ibu ni merupakan insan yang paling berharga buat setiap anak. betul kan? pernah tak kita merasai bagaimananya perit untuk melahirkan seseorang anak,pedih tak terkata. seterusnya, kita dibelai dengan penuh kasih sayang..walaupun perit tetap senyuman seorang ibu terukir di wajahnya. Gembira tak terkata. XD

lamakan mak ayah kita jaga kita sanggup jaga kita sehinggalah kita bersekolah,masuk U,bekerja .. perasan tak hidup ni ibarat putaran..

walau macam mana pun mak kita garang ke,suka marah2 ke. dia tetap mak kita. jangan SESEKALI kita memandang sinis terhadap mak kita. jagalah pertuturan kita..

sebenarnya tujuan saya mencurahkan coretan ibu dari pemikiran saya. ialah betapa hebatnya doa ibu yang tiada hijab dan tiada siapa boleh ditandingi...nin nasihatkan korang untuk SENTIASA JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA... mereka adalah tempat restu dan redha kehidupan kita.. kita senang je nak tahu hidup kite ni bahagia atau tak kite tengok sejauh mana hubungan kite dengan ibu bapa kite. memang first of all mestilah kene jaga hubungan kita dengan Allah seperti jaga solat,dan ibadah2 lain. the second thing is jaga hubungan dengan ibu bapa. itulah sebenarnya tips yang palingg sangat berkesan untuk bahagia dalm hidup meskipun tidak berjaya dalam kejayaan. jaga hubungan dengan mak ayah. tak kiralah kita kerja pensyarah ke doktor ke guru ke akauntan ke tetapppp jaga hubungan dengan mak ayah....

doa ibu sangat mustajab !!!
memang ibu ni sebenarnya doa die tiada hijab. so kalau dah nak dekat2 exam tu sangat2 sesuai kalau minta restu ibu lepastu minta ibu doakan agar dipermudahkan menjawab exam...tapi kalau suruh doa, tapi takde usaha takde gunanya juga..paling hati2 bile korang bertutur dengan mak korang sendiri jaga yee pertuturan korang...sekali buat ibu korang marah sekali itu ibu korang boleh keluarkan kata2 yg buruk/ tak elok kepada korang.. so paling penting JAGA LISAN dengan ibu ayah...

yang penting jaga hubungan eratkan hubungan

sebenarnya banyak sangat kisah benar yg melibatkan kata2 ibu yg mustajab.. adalah seorang hamba Allah ni.. hidup die penuh diuji. kerana tidak mendapat restu dan redha ibunya..nanti kalau nin sempat insyaa Allah nin akan share beberapa cerita tentang anak dan ibunya serta kehidupannya..


How to cash back kasih sayang seorang ibu?
jadilah anak yg soleh dan solehah.. doa anak yg solehah ,sebenar2 makbul.. doakan ibu kita diberi kebahagiaan dunia akhirat,diampuni dosa,dipermudahkan urusan... bukan setakat belajar tinggi2 tetapi  tak pernah nak hiraukan keadaan ibu kite,situasi mereka,kehidupan mereka..
.. bersambung..






September 26, 2019

SYUKUR

Alhamdulillah ,Syukur kepada Allah yang maha Esa,segala puji bagiNya, tiada siapa yang mampu tandingi kekayaan yang maha Esa,
Ya Allah engkau berikan aku terlalu banyak untuk Ku buat kali ni.. aku bersyukur kepadamu ya Allah. rezeki nikmat yang engkau beri membuatkan ku ingin dekat dengan dirimu.Engkau lah maha Kuasa atas segala yang engkau kehendaki. ya Allah jangan lah engkau turunkan nikmat  ini ya ALLAH.
aku tahu kenikmatan ini merupakan ujian buat ku, berikan lah aku rasa merendah diri..

Image result for alhamdulillah pngRelated image



Assalamualaikum.. pembaca2 sekalian.. hari ni nin nak kongsikan sedikit coretan yang perlu kita amalkan. setiap kali Allah memberi rezeki kepada kita tidak kira sedikit atau banyak JANGAN lupa untuk menyebut Alhamdulillah yg bermaksud ''segala puji bagi Allah''
coretan ini untuk nin sedar bahawa pentingnya sikap syukur dalam setiap hamba Allah.

Rezeki Allah datang dengan pelbagai bentuk, samada dalam bentuk wang ,kebahagiaan,teman,sahabat yg baik,peluang bekerja,harta benda,anak,dan bermacam-macam lagi.. nikmat Allah ini luas,rezeki Allah sangat luas. ALLAH sangat MAHA pemurah lagi maha penyayang. kita semua kena ingat jangan kita LEKA kan diri dengan nikmat yang Allah beri kepada kita...jangan leka dan alpa dengan hiburan dunia semata-mata yang kian tidak lama kita di muka bumi ALLAH. sentiasalah bertasbih bertahmid,berzikir,beristighfar kepada ALLAH utuk membersihkan hati kita daripada kotoran debu.

Jagalah nikmat Allah beri dengan baik-baik.Jangan pernah menyombong kan diri di muka bumi ALLAH sehingga berlagak sombong kerana memiliki harta yang banyak.KERANA ALLAH boleh tarik bila-bila masa sahaja rezeki atau nikmat yang kita peroleh.

Rezeki yang kita perolehi itu hendaklah kita berkongsi kepada mereka yang memerlukan!
bagaimana?
duit,harta kekayaan hendaklah kita infak atau bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan
CAHAYA ILMU!, hendaklah kite sebagai pelajar, individu yang berilmu,perlu sewajarnya untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang lemah dalam pelajaran. JANGAN sesekali kita berdiri di atas gunung yang tinggi dengan keadaan muka mendongak kerana orang-orang itu lah orang yang paling rugi di sisi Allah. merekalah orang yang riak takabbur,sombong kedekut ilmu mahupun harta. Diri mereka itulah tidak akan memilki kebahagiaan dan kecemerlangan yang sebenar.

Sebagai Hamba Allah yang terpilih untuk hidup di muka bumi Allah. sewajarlah kita rajin,berusaha untuk menimba mahupun mencari ILMU seluas Lautan, kerana orang yang tinggi darjat ilmunya lalu merendahkan diri dan mengalu-alukan untuk berkongsi ilmu,serta harta kepada mereka yang memerlukan adalah sebaik-baik manusia.

Terdetiknya hati NIN utk berkongsi nasihat ini kepada kalian semua . kerana kalian semua juga perlu tahu bahawa nikmat dan rezeki yang kita peroleh merupakan suatu ujian yang tersirat.. apa maksud nin?
contoh jika ALLAH berikan kekayaan yg melimpah ruah kepada kita semua . itu merupakan ujian kepada kita sama ada kita hendak bersifat menunjuk-nunjuk atau bersifat RIAK BERLAGAK ,SOMBONG itu semua ujian kepada kita. lalu apabila diberi nikmat terus lah merendah diri kepada ALLAH. kerana nikmat itu pemberinya dari ALLAH swt. Agungkanlah tuhan kita ALLAH yg maha PEMBERI..
contoh kedua jika kita diberi akal yang penuh dengan ilmu, lalu kedekut untuk berkongsi dengan kawan itu juga merupakan ujian kepada kita. maka hendaklah kita merendahkan diri dengan ilmu yang kita ada.

walau sekaya manapun kita ini yg hidup di muka bumi Allah ingatlah. layan lah kehidupan kita dengan cara yang sederhana...

nin bicarakan tentang syukur kerana hari ini nin dapat markah ujian yang bagus2 semua. Trial SPM ni alhamdulillah cemerlang. tetapi itu juga merupakan ujian kepadaku apabila tiap kali orang bertanyakan kepada ku markah ujian sama ada aku hendak riak atau merendah diri. ujiann.. dan nin sangat takut jika markah SPM nin jatuh. tetapi nin sedar buat apa kita perlu takut sedangkan kita mempunyai Allah untuk bergantung sepenuhnya... dan semestinya USAHA KITA PERLU setanding dengan APA YANG KITA IMPIKAN KEPUTUSAN SPM sebenar. pembaca2 sekalian mohon doakan untuk nin supaya diberikan kemudahan dalm menjawab SPM sebenar. hanya tinggal sisa baki sebanyak 1 bulan sahaja untuk bersua dengan SPM.

TIPS jawab cemerlang dari segi rohaniah
-jangan pernah tinggal solat 5 waktu
-jaga 3 hubungan ini
hubungan dengan Allah
hubungan dengan manusia,guru ibu bapa dan kawan
hubungan dengan makhluk Allah, haiwan kucing dan lain2
-USAHA perlulah beganda
-berserah diri dan bertawakkal kepada Allah
-sentiasa mempunyai sifat yang syukur dan keyakinan yang tinggi utk perolehi kecemerlangan


jangan lupa amalkan sujud syukur setiap kali mendapat nikmat atau rezeki yg melimpah ruah
insyaa ALLah ,

AKU SAYANGMU YA ALLAH
Image result for sujud syukur
Image result for alhamdulillah png