Impian yang aku pendam, tetapi tidak akan dapat. :)
Adalah nak sekolah agama/tahfiz.
Pertama sekali aku akan ceritakan kisah aku waktu aku darjah 4 aku baru balik dari oversea, UK. Belajar dekat sana hampir 3 tahun. Bila balik dari Malaysia, waktu tu memang sangat busy uruskan macam2 perabot rumah pastu duduk kat rumah pakcik dulu baru boleh pindah rumah asal, dll. tapi yang paling sibuk adalah urusan kemasukan sekolah untuk aku dan 4 beradikku. Dua orang adik aku dapat masuk tadika dekat dengan rumah aku, jadi tadika tu swasta juga dan dia akan serap terus masuk Sekolah A.
Jadi tinggallah aku, abang aku dan adik aku seorang
Mak aku memang nak masukkan kami bertiga di sekolah agama swasta A sebab dekat dengan rumah aku.Sebab aku pernah masuk sekolah A tu waktu darjah 1 tapi sempat setengah tahun je.
Waktu aku darjah 4.. Mak aku hampir SETIAP hari pergi sekolah A untuk mohon kami bertiga masuk sekolah tu. Banyak kali. Tapi ditolak ditolak ditolak. dengan alasannya dah penuh. Aku macam aik?? kenapa penuh pulak. jawapan pengetua tu macam tak muhasabah tau haih. sebab aku ada borak dengan kawan aku yg sekolah A dia kata banyak je ruang kosong kat situ. hmm. entahlah.. last sekali mak aku buat rayuan , mak aku bawa aku ,abang aku dan adik aku yg beza setahun pergi ke ofis pengetua sekolah A tu dan jumpa pengetua sendiri. Mula2 aku ingat mak aku main2 sekali betul2. kitorang pun pergilah aku ngn adikberadik aku duduk kat sofa. aku ingat lagi. masa tu mak aku tengoh berurusan dengan pengeuta. punyalah banyak kali rayuan last sekali, pengetua tu macam kesian , pengetua tu kata okaylah boleh masuk tapi untuk seorang abang SAHAJA. Ya Allah sedihnya tak terkata. aku ngn adik aku tak dapat masuk kecuali abang aku je dapat masuk sekolah A tu hmm. Takde rezeki namanya. Aku pun tak tahu kenapa die tak nak bagi aku masuk sekolah tu padahal skolah tu swasta berbayar kut haish.
Lepastu urusan sekolah untuk aku ngn adik aku pula, mak aku pun fed up lah,tapi bersyukur juga at least sorang dapat masuk sekolah tu. aku ngn adik aku pula mak aku hantar sekolah agama swasta yang lain pula.. sekolah tu sekolah SA. Bermulalah kehidupan baru aku dekat sekolah tu. Bermacam2 hal yg berlaku. tak tahulah nak cakap apa.. tapi banyak sangat hal yg aku rasa tak patut cerita, banyak tuduhan dan nak dipendekkan cerita aku sangat tak pandai semua subjek bila sekolah kat sini. Aku taknak cerita pasal pengalaman aku kat sekolah agama SA ni. Tapi yang best pasal sekolah tu, setiap hari memang kitorang akan pecah kepada kumpulan untuk hafal quran setiap hari. sama macam sekolah A yg dekat rumah aku.
Selepas tu, adalah beberapa konflik. Aku pun dipindahkan ke sekolah kebangsaan dengan adik aku. Aku sempat setahun je dekat sekolah agama swasta SA tu. Tapi waktu ni aku jadi pendiam yang sangat pendiam. kawan pun ada seorang je.. tapi rakan aku tu ada masalah sikit.. hmm.. pagi sekolah kebangsaan petang pergi sekolah agama. Tapi aku paling suka sekolah agama seronok sangat2. aku ada ramai kawan yg pelbagai latar. dekat situ aku belajar erti kesusahan sebab ramai yg latar sederhana dan biasa sahaja berbanding sekolah swasta. kat sekolah agama tu seronokk sangatt!! tapi perangai aku haha nakal sangat. masa tu lah aku mula jatuh cinta dengan Agama.. aku suka belajar agama kat sekolah tu.. subjek paling aku suka bahasa arab. hehe.. lepastu dulu aku rajin sangat kalau dekat sekolah agama sebab selalu bersaing ngn kawan2 yg pandai.. aku sekolah situ sampai lah darjah 6..
Waktu aku tingkatan 1. Aku teringin!!!! sangat sangat sangat nak sekolah agama!! tapi hmm.. aku tak layak.. entahlah walaupun sebenarnya boleh je mohon. tingkatan 1 aku sekolah kebangsaan juga yg menengah lah of course heheee. waktu tu aku dapat aliran agama.. lepastu tetibe dapat tawaran SMK yg lebih bagus yg dikatakan berprestij lah dkt kawasan rumah aku. pastu aku pindah skolah tu.. tapi silap besarnya aku tak ambil aliran agama hmm. sedih sangat. sebab aku rasa dah cukup dah sbb belah pagi aku ada sekolah agama dekat sebuah sekolah lama aku. jadi aku rasa macam penat kalau ambil dua kali. sekali haihh... ya Allah.. aku ada masalah pulak dekat sekolah agama tu dan aku tekad untuk berhenti sebab ada seorang kawan aku tu dia banyak perlekehkan aku ,ejek aku .. dsbgainya.. sori gais aku memang hati tisu tak kental snagat bab2 ejek mengejek sksk... bila dah berhenti sekolah agama belah pagi tu.. jadi memang sekolah sepenuhnya lah SMK tu tanpa ambil aliran agama. Memang silap besar sebab aku tak ikut cakap mak aku untuk apply aliran agama. sbeab mak aku memang nak suruh masuk aliran agama.. tapi sebb aku rasa banyak sangat kelas agama tu yg jadi mcm ni.. nak pendekkan cerita sume adik beradik aku amik aliran agama kecuali aku sahaja.. start tingkatan dua aku mula depress dan menyesal gila tak amik aliran agama. sampaikan aku gigihkan juga belajar agama snediri2 dekat rumah guna buku2 agama yg lama. aku try hafal sendiri ayat quran. sebabb aku suka hafal ayat quran waktu sekolah swasta agama dulu. aku sedih sangat. aku selalu menyesal sebab tak amik aliran agama.
Setiap hari aku dengar ceramah agama,belajar buku agama, dsbgnya, Lepastu waktu aku tingkatan tiga aku dah tekad. aku cakap ngn diri aku . aku nak pindah juga ke sekolah agama. sebab niat aku nak sangat sangat belajar agama. aku siap buat research !! tentang semua sekolah agama yg ada dkt Malaysia. memang aku banyak ingat nama2 skagama, memakan banyak masa buat research sbb aku mmng exited tak sabar nak masuk sekolah agama. aku banyak baca blog2 orang tak henti2. antara yg aku ingat KISAS lah paling popular ,imtiaaz Besut, MRSM ulul albab, SMAPkajang/labu/ naimlilbanat.. dan banyak lagi lah sekolah agama yg aku buat research. sampaikann!!! aku siap mesej owner facebook KISAS. aku tanya samada boleh ke kalau yg tak amik aliran agama masuk KISAS. dan waktu itulah.. impian aku hancur sehancurnya. admin KISAS tu reply tidak boleh. sedihnyaaaaaaaaa hanya Allah sahaja yang tahu. Aku baru tahu waktu tu kalau nak masuk sk agama time f4 wajib ada aliran agama/arab time tu aku sedih gila. memang rasa x de harapan langsung. lepastu nak pindah sekolah lain pun tak boleh juga. sebab result aku teruk sangat time tu aku sangat murung sbb result. aku dah aim memang nak pindah sekolah, sebab aku x selesa sangat sekolah tu.. sedihnya hanya Allah sahaja yg tahu.
Tipulah kalau aku tak menangis, aku menangis sangat2. mak aku banyak pujuk aku. time tu aku hampir putus asa. Aku cakap kenapaa aku tak dapat sekolah agama? kenapa aku tak dapat sambung sk agama? sepanjang 5 tahun aku amik aliran sn tulen tanpa agama. cume belajar jugalah pendidikan Islam. satu2nya lah yg aku boleh dalami agama dkt skolah selain ceramah agama melalui utube.
Tapi bila aku dengar nasihat ibu aku.. aku boleh terima seadanya keputusan PT3 aku, dan takdir aku untuk terus sambung skolah yg sama. sebab aku tak layak untuk sekolah mrsm/sbp lain. kalau pindah pun bukan dalam aliran arab. jadi aku hadapi sehinggalah aku f5. Impian aku memang hancur sehancurnya. aku fikir andailah aku dapat ulang balik masa aku dan memilih untuk ambil aliran agama.
Bila fikir balik. inilah namanya takdir, dan harus diiringi dengan REDHA. betul , aku percaya bahawa perjalanan hidup aku ini sudah tertulis pun. aku mula redha dengan setiap perkara yang aku hadapi.
dan aku berpegang kepada satu ayat quran ini untuk aku terima hakikat yg aku takkan belajar aliran agama/sk agama... iaitu ayat quran bermaskud.
No comments:
Post a Comment