Ya Allah engkau berikan aku terlalu banyak untuk Ku buat kali ni.. aku bersyukur kepadamu ya Allah. rezeki nikmat yang engkau beri membuatkan ku ingin dekat dengan dirimu.Engkau lah maha Kuasa atas segala yang engkau kehendaki. ya Allah jangan lah engkau turunkan nikmat ini ya ALLAH.
aku tahu kenikmatan ini merupakan ujian buat ku, berikan lah aku rasa merendah diri..


Assalamualaikum.. pembaca2 sekalian.. hari ni nin nak kongsikan sedikit coretan yang perlu kita amalkan. setiap kali Allah memberi rezeki kepada kita tidak kira sedikit atau banyak JANGAN lupa untuk menyebut Alhamdulillah yg bermaksud ''segala puji bagi Allah''
coretan ini untuk nin sedar bahawa pentingnya sikap syukur dalam setiap hamba Allah.
Rezeki Allah datang dengan pelbagai bentuk, samada dalam bentuk wang ,kebahagiaan,teman,sahabat yg baik,peluang bekerja,harta benda,anak,dan bermacam-macam lagi.. nikmat Allah ini luas,rezeki Allah sangat luas. ALLAH sangat MAHA pemurah lagi maha penyayang. kita semua kena ingat jangan kita LEKA kan diri dengan nikmat yang Allah beri kepada kita...jangan leka dan alpa dengan hiburan dunia semata-mata yang kian tidak lama kita di muka bumi ALLAH. sentiasalah bertasbih bertahmid,berzikir,beristighfar kepada ALLAH utuk membersihkan hati kita daripada kotoran debu.
Jagalah nikmat Allah beri dengan baik-baik.Jangan pernah menyombong kan diri di muka bumi ALLAH sehingga berlagak sombong kerana memiliki harta yang banyak.KERANA ALLAH boleh tarik bila-bila masa sahaja rezeki atau nikmat yang kita peroleh.
Rezeki yang kita perolehi itu hendaklah kita berkongsi kepada mereka yang memerlukan!
bagaimana?
duit,harta kekayaan hendaklah kita infak atau bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan
CAHAYA ILMU!, hendaklah kite sebagai pelajar, individu yang berilmu,perlu sewajarnya untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang lemah dalam pelajaran. JANGAN sesekali kita berdiri di atas gunung yang tinggi dengan keadaan muka mendongak kerana orang-orang itu lah orang yang paling rugi di sisi Allah. merekalah orang yang riak takabbur,sombong kedekut ilmu mahupun harta. Diri mereka itulah tidak akan memilki kebahagiaan dan kecemerlangan yang sebenar.
Sebagai Hamba Allah yang terpilih untuk hidup di muka bumi Allah. sewajarlah kita rajin,berusaha untuk menimba mahupun mencari ILMU seluas Lautan, kerana orang yang tinggi darjat ilmunya lalu merendahkan diri dan mengalu-alukan untuk berkongsi ilmu,serta harta kepada mereka yang memerlukan adalah sebaik-baik manusia.
Terdetiknya hati NIN utk berkongsi nasihat ini kepada kalian semua . kerana kalian semua juga perlu tahu bahawa nikmat dan rezeki yang kita peroleh merupakan suatu ujian yang tersirat.. apa maksud nin?
contoh jika ALLAH berikan kekayaan yg melimpah ruah kepada kita semua . itu merupakan ujian kepada kita sama ada kita hendak bersifat menunjuk-nunjuk atau bersifat RIAK BERLAGAK ,SOMBONG itu semua ujian kepada kita. lalu apabila diberi nikmat terus lah merendah diri kepada ALLAH. kerana nikmat itu pemberinya dari ALLAH swt. Agungkanlah tuhan kita ALLAH yg maha PEMBERI..
contoh kedua jika kita diberi akal yang penuh dengan ilmu, lalu kedekut untuk berkongsi dengan kawan itu juga merupakan ujian kepada kita. maka hendaklah kita merendahkan diri dengan ilmu yang kita ada.
walau sekaya manapun kita ini yg hidup di muka bumi Allah ingatlah. layan lah kehidupan kita dengan cara yang sederhana...
nin bicarakan tentang syukur kerana hari ini nin dapat markah ujian yang bagus2 semua. Trial SPM ni alhamdulillah cemerlang. tetapi itu juga merupakan ujian kepadaku apabila tiap kali orang bertanyakan kepada ku markah ujian sama ada aku hendak riak atau merendah diri. ujiann.. dan nin sangat takut jika markah SPM nin jatuh. tetapi nin sedar buat apa kita perlu takut sedangkan kita mempunyai Allah untuk bergantung sepenuhnya... dan semestinya USAHA KITA PERLU setanding dengan APA YANG KITA IMPIKAN KEPUTUSAN SPM sebenar. pembaca2 sekalian mohon doakan untuk nin supaya diberikan kemudahan dalm menjawab SPM sebenar. hanya tinggal sisa baki sebanyak 1 bulan sahaja untuk bersua dengan SPM.
TIPS jawab cemerlang dari segi rohaniah
-jangan pernah tinggal solat 5 waktu
-jaga 3 hubungan ini
hubungan dengan Allah
hubungan dengan manusia,guru ibu bapa dan kawan
hubungan dengan makhluk Allah, haiwan kucing dan lain2
-USAHA perlulah beganda
-berserah diri dan bertawakkal kepada Allah
-sentiasa mempunyai sifat yang syukur dan keyakinan yang tinggi utk perolehi kecemerlangan
jangan lupa amalkan sujud syukur setiap kali mendapat nikmat atau rezeki yg melimpah ruah
insyaa ALLah ,
AKU SAYANGMU YA ALLAH

No comments:
Post a Comment