Aku.. saat aku karang ayat ini, aku.. dalam keadaan menangis.. sambil mendengar alunan Quran dari seorang gadis yang amat menyentuh hati aku.
Izinkan aku bercerita tentang diriku. Andai aku dapat berputar balik masa, apa yang aku ignin buat adalah, memasuki sekolah agama Tahfiz. Aku sangat sedih, kerana aku hanya sekolah kebangsaan harian, tiap kali aku melihat gadis2 yang memaka tudung labuh, lelaki yang berkopiah di sekolah agama, aku sebak, tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata cukup air mata menjadi saksi kesedihan ku. Dan Allah sebagai saksi sebenar.
Betapa cintanya betapa sayangnya aku terhadap agama, namun dulu aku leka, aku lalai. Bermulanya begini, Dulu aku darjah 4 di sekolah swasta agama, kemudian tak lama aku berpindah di sekolah kebangsaan ssehingga darjah 6, kemudian berpindah ke sekolah kebangsaan menengah dari t.1 hingga t.5.
Sewaktu aku di tingkatan 1, pada awalnya aku sekolah aliran kelas arab, namun tak lama kemudian, aku mendapat tawaran di sekolah yang berprestij tinggi, sewaktu bulan 2, namun di kelas biasa. Kemudian, aku tidak memohon untuk menukar ke kelas aliran arab, hal kerana terlalu selesa dengan rakan-rakan. Ibu aku selalu menasihat dan menyuruh aku untuk apply ke aliran arab. namun hati aku kuat untuk tidak katakan tidak mahu kerana selesa dengan kawan di kelas biasa. Tak lama kemudian waktu aku tingkatan 2. Aku menangis, aku menyesal kerana tidak mengikuti apa yang ibu aku suruh, aku mula menyedari betapa cintanya aku terhadap ilmu agama dengan lebih mendalam,namun tidak kesampaian. Sewaktu tingkatan 3, aku tekad dan berniat untuk menukar ke sekolah agama sewaktu tingkatan 4. Aku telah buat terlalu banyak research tentang semua sekolah agama yang berasrama kerajaan mahupun swasta. namun hatiku berkecai saat mengetahui untuk menyambung ke sekolah agama perlu mengambil aliran arab. saat itu aku sedih yang tak mampu ku ungkap dgn kata2.
Nasihat aku, bagi mereka yang bersekolah agama, gunalah peluang itu sebaik mungkin, perbetulak niat, guankan ilmu untuk memberi manfaat kepada manusia, menyebarkan lagi dakwah2 keapda umat islam dengan lebih meluas, jangan persia-siakan ilmu itu. Satu je aku ingin pesan, engkau yang bersekolah agam sangat-sangat-sangatlah beruntung kerana terplih olehNya dengan izinnya, sedangkan ribuan lagi pelajar seperti aku yang teringin sangat belajar di sekolah agama. Namun agi aku, aku cuba untuk fikir lebih luas dan rasional,bahawa aku juga mampu mempelajari agama lebih mendalam dengan usaha aku sendiri.
Namun aku yakin dan pasti setiap yang sudah berlaku itu takdir, namun kita ada pilihan, aku yakin setiap yang berlaku akan ada hikmah bagi setiap2 perkara.
No comments:
Post a Comment