May 7, 2022

Takdir

Sebelum kita lahir lagi, sudah tercoret kisah perjalanan hidup kita di muka bumi ini, telah dilakar corak kehidupan masing-masing. Setiap orang mempunyai buku cerita tersendiri. Mungkin.. ada yang tertanya jika telah diitetapkan aturan oleh Allah terhadap kita semua, buat apa kita perlu usaha? tunggu sahaja lah kan jalan hidup ni jalan.. sebenarnya fikiran sebegitu sangatlah tidak benar. memang betul aturan jalan hidup kita dah pun ditetapkan oleh Yang Maha Esa tetapi nak tegaskan dekat sini, kita punyai pilihan tersendiri untuk mengubah nasib kita sama ada hendak sukses atau gagal dalam kehidupan. 


Dalam Al-Quran sendiri, Allah berfirman, bahawa Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri ubahnya. Maksud dekat sini betapa pentingnya usaha dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Usaha itu penting untuk mendapat kan kehidupan yang lebihbaik lebih berjaya. Mungkinlah ada yang kata saya usaha setiap malam saya tidur lewat belajar dan belajar tak henti-henti, tetapi result saya tak seperti saya taget atau tak seperti yang saya harap. ini tak adil! jangan begitu.. ingat bende ni untuk tenangkan fikiran korang. Pahala yang Allah beri adalah setanding dengan berapa banyak usaha kamu dalam menimba ilmu. Yang pertama sekali, walaupun result tak seberapa gempak, dalam menuntut ilmu ni kita mesti kena ada niat untuk timba ilmu supaya dapat pengetahuan yang lebih luas untuk kegunaan pada masa depan..jangan semata-semata untuk dapat result gempak sahaja. pastikan menuntut ilmu ni niat sepenuhnya Kerana Allah taala. dan kalau.. 

korang semua pernah rasa penat yang teramat dalam usaha menuntut ilmu ni, korang just kene ingat yang.. dalam banyak2 penat yang Allah suka dalam muka bumi ini, ialah.. penat dalam menuntut ilmu ;) so jangan sedih jangan rasa usaha yang korang buat semua tu sia2. Allah Maha Adil dan berhak untuk memberi pahala sebanyak mungkin kepada mereka yang kuat usaha meskipun result exam tak sehebatnya. Allah pandang usaha bukan result. result itu adalah bonus dan kegembiraan kecil dalam dunia realiti, namun usaha yg kite pikul itulah sepatutnya dijadikan kegembiraan besar kerana kita harungi usaha utk menuntut ilmu itu. Dan memang betul ada..yang mereka belajar sekali lalu je dah terus faham.. Alah nin pun pernah lah ada kawan yang die tidur waktu kelas selalu ponteng kelas sekali result die fuhhh memang gempaks. tapii jangan sedih jealous dgnnya tu normalisasi. tapi jangan dengki sudah haha😅 bahaya tu..  ada orang yang die usaha banyak kali pun masih susah nak faham.. lambat tangkap. tetapi itu semua rezeki yang Allah beri .. setiap orang ada tahap penguasaan ilmu yang berbeza.. tapi yang bezanya adalah cara kite usaha utk menuntut ilmu ;) memang kejayaan utk orang macam tu senang tapi kalau kita dapat jaga akhlak sekali bukankah itu lagi indah di mata manusia? sekarang ramai yang bijak pandai tapi tertinggal akhlak.. jangan sesekali kita tinggal akhlak walau sehebat mana kita pun nanti.


Dalam takdir kehidupan kita ini.. dengan siapa yang kita kenal, beratus2 manusia datang dan pergi dalam hidup kita sebenarnya telah pun ditetapkan oleh Allah. dan mereka datang dan pergi tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meninggalkan kite sebuah pengajaran,kesabaran, nasihat, hikmah yang kita tak sangkakan, semangat yang lusar biasa, pengalaman yang pahit dan manis yng mengajar kita erti nilai kehidupan, mengajar erti persahabatan.







No comments:

Post a Comment