Tipu lah semua tak suka kecantikan.
Setiap orang suka kan kecantikan... Allah pun suka akan kecantikan <3
usahlah fikir apa yg orang perkatakan,usahlah berasa malu dengan apa yg kita miliki, harta mahupun rupa fizikal. Tapi harini aku nak tekankan tentang fizikal <3
Aku merupakan kakak sulung,kakak yg pertama daripada lima. Ibu aku bukanlah seorang yg suka berfesyen, pakaiannya cukup simple kemas, dan ibu aku memang aku tak nafikan seorang yg natural beauty, tak perlu bertopengkan mekap sudah cantik, tiada jerawat kulitnya sangat bersih, putih, dalam erti kata lain orang kata sempurna dan awet muda.
Dulu aku sering mengeluh kenapalah rupa fizikal ku dan genetik kulitku tidak serupa seperti mana ibuku.
Aku biasa2 sahaja.. namun kenapa harus ada persoalan 'kenapa' tak sepatutnya. kerana aku baru sedar yg dinilai oleh Tuhan ialah amalan,akhlak peribadi kita, bukanlah rupa. Aku sering memikirkan bahawa setiap manusia yg hidup hanyalah berupakan roh, yg sebelumnya dalam rahim ibu kemudian dimasukkan dalam 'suit' ataupun dalam erti kata lain patung manusia. dan hidup menjadi.
Ingatlah bahawa setiap fizikal yg kita nampak sisinya buruk, jangan pernah lekehkan keburukan yg kita ada, itu adalah secebis ujian kpd kita. dan JANGAN pernah hina seseorang tu tak kiralah dia kulit hitam sekalipun,kulit kuning, ada jerawat banyak, hidung mancung,bibir muncung,mata sepet,pendek. STOP BODY SHAMING PLEASE. bukan setakat fizikal rupa tapi fizikal badan, seperti gemuk,obes kulit kusam, penyakit tompok2 di kulit dsbgnya. Tolong jangan sesekali body shaming. Ya Allah perit hanya Allah sahaja yg tahu,setiap kali manusia menghina sisi fizikal kita.
Life it's a not about who's the prettiest,who's the handsome. But life is about bekalan amalan kebaikan yg kita buat.ur attitude.
Rupa dan fizikal seseorang yg kita hina, percayalah sebenarnya diprang tak minta pun, mahupun gemuk, kita kata mereka banyak makan tapi hakikatnya, itulah genetik, aku ada kawan yg kurus pendek, dia makan banyak sangat2, selalu tambah.. tapi hakikatnya dia tetap kurus, sebab apa sebab genetik.. gemuk pun sebab genetik. Setiap rupa bentuk fizikal yg Allah buat ni adalah ciptaanya, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yg ada. ada yg lahir2 takde kaki,takde mata, takde tangan. kita yg lengkap dengan anggota badan yg penting patut rasa bersyukur dan nikmat. Tak usah dengar orang yg hina tu. Kalau ada yg hina atau ejek, dengarlah sebenarnya org yg kau ejek tu sangat sedih cuma die tak tunjuk dekat kau, dia hanya pendam nangis sorang2.
Tapi Bagi aku, sesiapa yg ada low confidence about your look. Korang kena terima dengan redha, dan percaya ini adalah salah satu cebis ujian, kene terima dgn redha, insyaAllah dapat pahala.Kalau rasa stress dengan org yg suka kutuk korang. korang serious kena luahkan dekat seseorang yg kau sangat sedih, luahkan dkt kwn yg korang rapat, tapi yg terbaik adalah luahkan dkt Tuhan.
Second things is, kalau ada sesiapa yg cakap kau ni buruk hodoh, gelap. Sometimes bukan setakat rupa fizikal but also your appearance,maksud aku dari segi pakaian, u guys kene glow up kan diri. Maksu aku start pakai mekap yg light SAHAJA dan simple. Dulukan aku memang tak suka mekap memang peliklah tengok perempuan ramai gile yg suke sangat mekap aku pening. kalau nak siap gi mana2 ke. aku tak pernah pakai mekap ar. tapi selalu tengok kawan aku yg siap lambat suka pakai mekap. bagi aku benda tu buang masa. tapi lama kelamaan aku sedar patutlah ramai permpuan pakai mekap sebab dia nak boost confidence dia depan orang ramai, aipp bukan untuk ngorat yee. tapi boost keyakinan bila bercakap dengan orang. takut2 kalau appearance kau buruk takut kena sisih karang ahaha. ok aku mula faham, bila kene kat batang hidung aku sendiri. aku selalu kene ejek dengan makcik2,pakcik2 yg aku sendiri tak kenal. contoh cam penjual kedai, kawan mak aku, penceramah program perghhh yg tu aku takleh nak lupakan lah tentang penceramah program tu, die punya bash tu pedih gila. haaha, memang aku tahan air mata aku je waktu program tu sakit tu memang pergh tuhan sajalah yg tahu..die camni cite die pakcik tu dia boleh cakap mana satu mak mana satu anak.. aduh sakitnyeeeeeeeeeeee.. takpe2 haih. takpelah panjang lagi senanya die bash tapi cukup setakat tu jelah malas nak fikir balik.. nak katanya rupa aku ni boleh dikatakan nampak macam tua. lagi2 bila aku start pakai spek rupa aku macam makcik2. haih takpe aku sabo je.haha
CERITA AKU
Aku sejujurnya, bila kata kakak pertama ni memang sedihlah, sebab bab2 pakaian aku tak reti, mekap pun aku tak reti, pakai wangi-wangian pun tak pernah introduce. memang kene cari sendiri pakaian apa yg sesuai untuk seorang wanita tapi yg pasti yg tutup syariah. bila dah banyak sangat kene hentam dengan makcik pakcik termasuklah org2 yg aku tak kenal yg asyik panggil aku makcik, dan banding2 dgn muka mak aku.. hmm.. aku sangat sedih. so aku pun startlah buat research mcm mana pakaian yg cantik dan sesuai utk muslimah, kiranya mcm nak glow up ah supaya nampak muda.. so aku dulukan suka sangat pakai gelap2. colour2 bosan.. sbb tukut nampak tua heheee lepastu pakaian aku dulu sangatlah gelebeh.hmm. sekarang aku dah pandai cari facial wash yg terbaik, aku start belik light powder yg ringan, dan currently aku punya favourite looks hehe adalah, baju casual,blouse + skirt muslimah yg straight cut. lepastu tudung labuh aku dah pandai lilit hehe :) new achievement lock. tahun ni lah aku dah start pakai kain, sebab bagi aku bila aku pakai kain serious jujur nampak cam mudaa heheee,mungkin selama ni aku pakai seluar gelebeh hehe tu kut. blouse tu aku pilih warna yg ceria2.. Lepastu semenjak aku pakai kain, hehe ramai betul cakap aku ni adik heheeeee hepinya aku arrr!!
aku beli skirt tu pun harga RM13.50 beli kt shopee jeee heheee. aku borong terus 5 colour .lawa2 sume sukanya hihiiii. . lepastu muka aku ni pulak jenis yg kusam sangat yg amat kusam, aku punye dark eye circle perghhh memangg pekat likat gelap die... patutlah kusamm. lepastu banyak sangat parut. jadi aku beli concealer maybelinner. tapi aku nye prinsip mekap memang light ah. takdenya nak tuang sume concealer seluruh muka, sekadar gune utk tutup parut hitam dan dark eye circle, srs sumpah nampak muda gila. aku satisfying sangat.