September 27, 2019

IBU

ibu,emak,mama,ummi,mummy..

 panggilan-panggilan khas untuk ibu kita yang tercinta.

tipulah kalau tak sayang mak sendiri..ibu ni merupakan insan yang paling berharga buat setiap anak. betul kan? pernah tak kita merasai bagaimananya perit untuk melahirkan seseorang anak,pedih tak terkata. seterusnya, kita dibelai dengan penuh kasih sayang..walaupun perit tetap senyuman seorang ibu terukir di wajahnya. Gembira tak terkata. XD

lamakan mak ayah kita jaga kita sanggup jaga kita sehinggalah kita bersekolah,masuk U,bekerja .. perasan tak hidup ni ibarat putaran..

walau macam mana pun mak kita garang ke,suka marah2 ke. dia tetap mak kita. jangan SESEKALI kita memandang sinis terhadap mak kita. jagalah pertuturan kita..

sebenarnya tujuan saya mencurahkan coretan ibu dari pemikiran saya. ialah betapa hebatnya doa ibu yang tiada hijab dan tiada siapa boleh ditandingi...nin nasihatkan korang untuk SENTIASA JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA... mereka adalah tempat restu dan redha kehidupan kita.. kita senang je nak tahu hidup kite ni bahagia atau tak kite tengok sejauh mana hubungan kite dengan ibu bapa kite. memang first of all mestilah kene jaga hubungan kita dengan Allah seperti jaga solat,dan ibadah2 lain. the second thing is jaga hubungan dengan ibu bapa. itulah sebenarnya tips yang palingg sangat berkesan untuk bahagia dalm hidup meskipun tidak berjaya dalam kejayaan. jaga hubungan dengan mak ayah. tak kiralah kita kerja pensyarah ke doktor ke guru ke akauntan ke tetapppp jaga hubungan dengan mak ayah....

doa ibu sangat mustajab !!!
memang ibu ni sebenarnya doa die tiada hijab. so kalau dah nak dekat2 exam tu sangat2 sesuai kalau minta restu ibu lepastu minta ibu doakan agar dipermudahkan menjawab exam...tapi kalau suruh doa, tapi takde usaha takde gunanya juga..paling hati2 bile korang bertutur dengan mak korang sendiri jaga yee pertuturan korang...sekali buat ibu korang marah sekali itu ibu korang boleh keluarkan kata2 yg buruk/ tak elok kepada korang.. so paling penting JAGA LISAN dengan ibu ayah...

yang penting jaga hubungan eratkan hubungan

sebenarnya banyak sangat kisah benar yg melibatkan kata2 ibu yg mustajab.. adalah seorang hamba Allah ni.. hidup die penuh diuji. kerana tidak mendapat restu dan redha ibunya..nanti kalau nin sempat insyaa Allah nin akan share beberapa cerita tentang anak dan ibunya serta kehidupannya..


How to cash back kasih sayang seorang ibu?
jadilah anak yg soleh dan solehah.. doa anak yg solehah ,sebenar2 makbul.. doakan ibu kita diberi kebahagiaan dunia akhirat,diampuni dosa,dipermudahkan urusan... bukan setakat belajar tinggi2 tetapi  tak pernah nak hiraukan keadaan ibu kite,situasi mereka,kehidupan mereka..
.. bersambung..






September 26, 2019

SYUKUR

Alhamdulillah ,Syukur kepada Allah yang maha Esa,segala puji bagiNya, tiada siapa yang mampu tandingi kekayaan yang maha Esa,
Ya Allah engkau berikan aku terlalu banyak untuk Ku buat kali ni.. aku bersyukur kepadamu ya Allah. rezeki nikmat yang engkau beri membuatkan ku ingin dekat dengan dirimu.Engkau lah maha Kuasa atas segala yang engkau kehendaki. ya Allah jangan lah engkau turunkan nikmat  ini ya ALLAH.
aku tahu kenikmatan ini merupakan ujian buat ku, berikan lah aku rasa merendah diri..

Image result for alhamdulillah pngRelated image



Assalamualaikum.. pembaca2 sekalian.. hari ni nin nak kongsikan sedikit coretan yang perlu kita amalkan. setiap kali Allah memberi rezeki kepada kita tidak kira sedikit atau banyak JANGAN lupa untuk menyebut Alhamdulillah yg bermaksud ''segala puji bagi Allah''
coretan ini untuk nin sedar bahawa pentingnya sikap syukur dalam setiap hamba Allah.

Rezeki Allah datang dengan pelbagai bentuk, samada dalam bentuk wang ,kebahagiaan,teman,sahabat yg baik,peluang bekerja,harta benda,anak,dan bermacam-macam lagi.. nikmat Allah ini luas,rezeki Allah sangat luas. ALLAH sangat MAHA pemurah lagi maha penyayang. kita semua kena ingat jangan kita LEKA kan diri dengan nikmat yang Allah beri kepada kita...jangan leka dan alpa dengan hiburan dunia semata-mata yang kian tidak lama kita di muka bumi ALLAH. sentiasalah bertasbih bertahmid,berzikir,beristighfar kepada ALLAH utuk membersihkan hati kita daripada kotoran debu.

Jagalah nikmat Allah beri dengan baik-baik.Jangan pernah menyombong kan diri di muka bumi ALLAH sehingga berlagak sombong kerana memiliki harta yang banyak.KERANA ALLAH boleh tarik bila-bila masa sahaja rezeki atau nikmat yang kita peroleh.

Rezeki yang kita perolehi itu hendaklah kita berkongsi kepada mereka yang memerlukan!
bagaimana?
duit,harta kekayaan hendaklah kita infak atau bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan
CAHAYA ILMU!, hendaklah kite sebagai pelajar, individu yang berilmu,perlu sewajarnya untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang lemah dalam pelajaran. JANGAN sesekali kita berdiri di atas gunung yang tinggi dengan keadaan muka mendongak kerana orang-orang itu lah orang yang paling rugi di sisi Allah. merekalah orang yang riak takabbur,sombong kedekut ilmu mahupun harta. Diri mereka itulah tidak akan memilki kebahagiaan dan kecemerlangan yang sebenar.

Sebagai Hamba Allah yang terpilih untuk hidup di muka bumi Allah. sewajarlah kita rajin,berusaha untuk menimba mahupun mencari ILMU seluas Lautan, kerana orang yang tinggi darjat ilmunya lalu merendahkan diri dan mengalu-alukan untuk berkongsi ilmu,serta harta kepada mereka yang memerlukan adalah sebaik-baik manusia.

Terdetiknya hati NIN utk berkongsi nasihat ini kepada kalian semua . kerana kalian semua juga perlu tahu bahawa nikmat dan rezeki yang kita peroleh merupakan suatu ujian yang tersirat.. apa maksud nin?
contoh jika ALLAH berikan kekayaan yg melimpah ruah kepada kita semua . itu merupakan ujian kepada kita sama ada kita hendak bersifat menunjuk-nunjuk atau bersifat RIAK BERLAGAK ,SOMBONG itu semua ujian kepada kita. lalu apabila diberi nikmat terus lah merendah diri kepada ALLAH. kerana nikmat itu pemberinya dari ALLAH swt. Agungkanlah tuhan kita ALLAH yg maha PEMBERI..
contoh kedua jika kita diberi akal yang penuh dengan ilmu, lalu kedekut untuk berkongsi dengan kawan itu juga merupakan ujian kepada kita. maka hendaklah kita merendahkan diri dengan ilmu yang kita ada.

walau sekaya manapun kita ini yg hidup di muka bumi Allah ingatlah. layan lah kehidupan kita dengan cara yang sederhana...

nin bicarakan tentang syukur kerana hari ini nin dapat markah ujian yang bagus2 semua. Trial SPM ni alhamdulillah cemerlang. tetapi itu juga merupakan ujian kepadaku apabila tiap kali orang bertanyakan kepada ku markah ujian sama ada aku hendak riak atau merendah diri. ujiann.. dan nin sangat takut jika markah SPM nin jatuh. tetapi nin sedar buat apa kita perlu takut sedangkan kita mempunyai Allah untuk bergantung sepenuhnya... dan semestinya USAHA KITA PERLU setanding dengan APA YANG KITA IMPIKAN KEPUTUSAN SPM sebenar. pembaca2 sekalian mohon doakan untuk nin supaya diberikan kemudahan dalm menjawab SPM sebenar. hanya tinggal sisa baki sebanyak 1 bulan sahaja untuk bersua dengan SPM.

TIPS jawab cemerlang dari segi rohaniah
-jangan pernah tinggal solat 5 waktu
-jaga 3 hubungan ini
hubungan dengan Allah
hubungan dengan manusia,guru ibu bapa dan kawan
hubungan dengan makhluk Allah, haiwan kucing dan lain2
-USAHA perlulah beganda
-berserah diri dan bertawakkal kepada Allah
-sentiasa mempunyai sifat yang syukur dan keyakinan yang tinggi utk perolehi kecemerlangan


jangan lupa amalkan sujud syukur setiap kali mendapat nikmat atau rezeki yg melimpah ruah
insyaa ALLah ,

AKU SAYANGMU YA ALLAH
Image result for sujud syukur
Image result for alhamdulillah png

April 19, 2019

Solat ibarat Hadiah kita untuk Allah

Solat ibarat Hadiah kita untuk Allah

assalamualaikum.. alhamdulillah nin ambil kesempatan untuk menulis sebelum peperiksaan menjelma. hari demi hari berlalu. masa sangat emas bagi nin. masa sepantas kilat. 2 jam mcm 20 minit. 6 jam macam 1 jam. pening, haha..masa itu sangat emas . sedangkan dalam ayat al quran Allah kata demi masa . seseungguhnya seseorang itu berada dalam keadaan kerugian, kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh yg sentiasa berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran..

oklah tujuan nin harini nak didik korang untuk SOLAT.tapi kalau korang ada geng ke yang tak solat hah suh die baca ni.. insya Allah dengan izin Allah die sedar. saya coret ni pun.. untuk bagi pendapat yang saya ada. saya harap dapat jentik hati korang walaupun satu titik pun jadilah hehe..

JAGA SOLAT
bagi orang yang muslim JANGAN sesekali *meninggalkan* solat 5 waktu.. nin pasti ramai dekat luar sana ada yang pernah tinggal solat. tapi ada juga orang persoalkan mereka tu dapat keputusan bagus cemerlang hidup bahagia dah lah kaya pandai comel cantik hensem semuaaa perfect tapi tak solat, tak taat kepada perintah Allah.. tapi itu semua tipu syaiton. mereka sebenarnya berkeadaan ISTIDRAJ terhadap Allah. istidraj tu apa ye? istidraj ni Allah bagi macam-macam dekat dia sampai dia kaya Allah bagi lebih bagi lebih tapi tak solat,tak tunai zakat,buat maksiat dan mcm2 lagi.

sebenarnya walaupun kita nampak kebahgaian orang mcm tu. sedangkan hakikatnya mereka sedang diuji oleh Allah mereka diuji dengan kekayaan dengan kenikmatan yang Allah bagi untuk mengingatkan mereka bahawa segala kekayaan mereka itu adalah pemberian rezeki oleh Allah bukan mereka. mereka hanya mengusahakan sahaja. Allah nak tengok adakah mereka bersyukur dan yakin akan pemberian rezeki itu datang dari Allah. sebenarnya nin pasti ada mereka dalam kehidupan kaya ada dalam kehidupan yang miskin dan sederhana. sedangkan hakikat kaya atau miskin dua-dua itu diuji oleh Allah. orang kaya diuji dengan harta benda,kenikmatan yang berlebihan,diuji dengan sifat riyak,diuji dgn sifat bersyukur, lebih-lebih  lagi diuji dengan masalah kesihatan...

Allah bagi kita kaya bukan semata-mata untuk kita sahaja. sebahagian MESTI perlu disedekahkan diberi kepada orang yang lebih memerlukan kerana rezeki Allah milik semua orang.

bagi orang miskin diuji dengan kemiskinan kekurangan wang,kesusahan..tetapi Allah janji Allah akan mudahkan urusan mereka yang miskin di akhirat kelak dengan syarat kite sentiasa bersabar

tapi apa apa pun dalam islam menggalakkan umat islam KAYA.. tujuan untuk membangunkan agama Islam. gunakan kekayaan untuk benda kebaikan kerana kekayaan yang kita milik bukanlah milik kita selamanya, kerana tiada satu harta pun yang boleh membantu kita di alam kubur. hanya diri kita dan amalan kita. kalau boleh kite kaya dunia dan akhirat. kalau mereka yang betul2 kaya. jadikanlah kewangan kita itu dalam bentuk pahala.dengan bersedekah,memberi nafkah kepada kedua ibu bapa atau kearah jalan yg benar,..

ramai orang kata kenapalah aku kena solat aku tak faham ah..jap eh sebelum tu nin nk cerita pasal wudhu...
pernah tak dengar kalau marah ambil wudhu? kenapa ek. sebab masa kita marah syaiton akan bekerja keras untuk membara-bara kan kita. jadikan dengan air hati kita akan tenang dan syaiton pun akan lari.tips nak kurangkan sifat marah. 1. ambil wudhu, duduk, baring dan tenagkan fikiran,istighfar banyak2..haha okk lari dari tajuk pulak...

 ok kenapa perlu solat. meh nin cerita. kita ni manusia yang kerdil hanya sebagai hamba Allah perlu anggap solat ini sebenarnya adalah sebagai 'TERIMA KASIH' kita kepada Allah ataupun balasan kita untuk Allah sebagai tanda syukur dan terima kasih kerana Allah masih memberi kita peluang untuk hidup dalam muka bumi ini, solat sebagai terima kasih kerana Allah masih memberi nafas untuk kita hidup, memberi kita rezeki seperti makan masih boleh minum, masih boleh bercakap,masih boleh melihat ciptaan alam Allah,masih boleh mendengar, masih boleh berdiri,berjalan dimuka bumi Allah,sbg terimakasih kerana Allah telah memberi NIKMAT yang tak terkira, sebagai terima kasih kerana Allahmasih memberi pakaian yang cantik2 kepada kita pakaian yang baru kepada kita, makanan yang sedap2 kepada kita, kawan dan sahabat yang baik kepada kita, keputusan peperiksaan yang cemerlang, ibu bapa yang banyak beri kasih sayang kepada kita.

cuba .... kita... fikirkan sejenak.. tentang nikmat/rezeki yang Allah berikan sangat cukup besar kan?? tak kira miskin atau kaya. tapi Allah bagi nikmat dekat kita banyakkan?? masihh ada tangan ada dua kaki... cuba bayangkan ada orang yang bangun-bangun aikk.. tak boleh gerak kaki dia masya Allah.. ada yang bangun2 dah tak nampak dunia ini, jadi jika kita adal diantara manusia yang masih sempurna mempunyai cukup anggota badan sebaik-baiknya kita patut SANGAT RASA BERSYUKUR KEPADA ALLAh. kerana  Allah masih memberikankita peluang untuk melihat,berjalan,merasa,berpegang,mendengar.kerana Allah masih bagi pinjam kaki,tangan,telinga,mata Alhamdulillah terima kasih Allah banyak2. SEBAB ITULAH KITA kene balas balik JASA ALLAH YANG TAK TERHINGGA yang tak TERKIRA  betapa besarnya nikmat yg Allah bagi pinjam dekat kita. YA ALLAH!! terima kasih Allah..

 ehhh japp. apa dah sedarkan? yg Allah sebenarnya banyakk sangat bagi rezeki dekat kita SEBAB ITULAH kita kene balas jasa Allah dengan SOLAT 5 WAKTU untuk Allah. bukan untuk sesiapa tetapi untuk Allah... itu lah jawapannya kenapa kita kene solat adalah sebab yelah memang fist kali adalah kerana ia merupakan satu kewajipan untuk umat islam,kedua adalah keran itu perintah Allah kepada umat islam tapi x cukup lagi jawpaan.. yg ketiga adalah sebagai tanda kesyukuran,tanda terima kasih,kita kepada Allah.. jadi.. itu lah hadiah kita untuk Allah.solat adalah sebagai hadiah kita untuk Allah.. solat lah selagi masih hidup di muka bumi Allah. jangan sesekali tinggal 1 pun solat 5 waktu. pasti akan tenang mereka yang solat kepada Allah..

ok penatnya nin bebel2.. kesimpulannya, kalau korang rasa malas nak solat korang cube fikir kan atau tuliskan semua bende atau nikmat yang Allah dah bagi dekat kita.. lepastu termenungkan sejenak...  pasti korang akan rasa sedih .. jadi solat lah ye sahabat2 ku,..

APLIKASI KEHIDUPAN
cuba korang bayangkan... ada orang bagi kau macam-macam,hadiah,duit, tolong kau masa susah,selalu bagi kau kesenangan... mesti korang akan rasa awh terharunya, baikkknyaaa dieee!! mesti kalau mereka2 yang tolong korang masa susah korang akan tolong mereka..atau,korang akan bagi hadiah kan dekat mereka sebagai tanda terima kasih dekat mereka... macam itulah diantara kita dengan Allah. Allah bagi macam2 dekat kita jadi kite kenalah balas jasa Allah dengan solat.WALAUPUN kita dalam keadaan musibah atau kesusahan sentiasa jaga solat. kadang2 kalau kita rasa musibah mesti ada something wrong diantara kita dengan Allah. banyakk sangat pengalaman yang nin dengar. ada kisah cerita ni yang boleh dijadikan iktibar.. ada sebuah keluarga ni hidup dia sangat senang.. pada suatu hari Allah bagi musibah dekat mereka secara tiba2.. kereta mereka rosak dan tak boleh bergerak secara tiba-tiba dekat tepi jalan pulak tu. jadi kumpulan family sangat rusing..  dan selanjutnya itu musibah 1. musibah kedua pulak rumah diorang 'selalu' kena rompak 2/3 kali asyik kene rompak je.. kesian sangat2.. sekejap kereta berhenti,sekajap kereta rosak,sekejap rumah kene rompak..rupa-rupanya family tu tak bayar zakat.... seorang dari family tu sedar,, bile die dah bayar zakat.. masya Allah macam tibe2 magic.. kehiduoan makin senang,, sangat2.. dah tak kene rompak. ada jugalah kereta berhenti takde minyak tapiii ituu pun masa tu kebetulan betul2 depan stesen minyak. jadi urusan die mudah sangat2, kesimpulannya segala yang Allah perintah,taat lah kepadanya jangan sesekali kita melanggar  perintahnya... hahah itu baru tak bayar zakat. kalau solat humph.. stress lah jawabnya. kebanyakan pelajar2 yg stress tak cukup tidur ayisk letih depressed. adalah semuanya kerana mereka takk solat..kalau yg dah solat tapi tetap stressmacam mana pulak? kalau yg tu kita cube tengok balik. kita ada buat kesilapan/sakitkan hati tak dengan sesiapa?.. fikirkan sejenak..

jadi solatlah ye rakan-rakan. insya Allah hati tenang. walaupun korang rasa hati kau atau dirikau tak layak untuk solat. ingat satu bende je. Allah tak tengok masa silam kita Allah tengok masa sekarang kita berubah..jika kita bertaubat kepada Allah.. dan ingat ni juga. Allah lebih sayang kepada mereka yang bertaubat dari kisah silamnya dengan penuh keikhlasan.daripada orang yang pura-pura Alim/orang yg ahli ibadah tetapi riak

WALAUPUN SEJAHAT MANA PON KITA,SEJAHIL MANA PUN  KITA, SETERUK MANAPUN PERBUATAN MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN INGAT, ALLAH SENTIASA MEMBUKA PINTU TAUBATNYA,kerana itulah Allah sayang akan hamba-hambanya untuk kembali kepada pangkuan mereka.. walaupun kene dicaci dicerca oleh masyarakat kerana kisah silam kita ingat Allah sayang kan kita semua.. Allah sifatnya maha pengampun. senang je nak hapuskan dosa dulu. apa die? taubat.. bukan sekadar ,ok aku taubat je ..takkk!!.  korang kene betul2 taubat dengan rasa penuh insaf dan tidak akan mengulangi perkara silam dulu dan yang penting betul2 ikhlas kepada Allah.. hehee dah lari dari tajuk solat haha. patutnya kene buat tajuk 'berpeluangkah aku seorang pendosa?''

kalau boleh.. taubat lah,solatlah mulai dari sekranag kerana ajal maut bila2 masa sahaja berlaku.ajal maut tidak kira usia.. semoga kite mati dalam keadaan husnulkhotimah dengan cukup amalan2 yg mulia.janganllah kita mati dalam keadaan maksiat Allahu semoga Allah lindungi kita semua ok aamiin..mungkin kite mati malam ni? esok? tahun depan. 5 tahun depan sebab itu tujuan kenapa Allah rahsiakan tarikh kematian adalah supaya kita manusia sentiasa berada dalam keadaan bersedia kepad Allah.. moga Allah permudahkan urusan kita.. Aamin ya rabbalamin

eh eh jadi ustazah pulak harini.. haha taklah ni cume sekadar ilmu yang saya perolehi untuk berkongsi dengan semua orang.. heehe

lepasni mungkin saya busy sebab exam 3 minggu kadang2 sebulan pon ada jugak. apa2 pon tolong doakan saya SPM straight A terima kasih.. jasa awak amat dihargai.
Assalamualaikum.. ini semua yang saya coret adalah 100% datang dari isi hati saya. 

PENULIS:NIN

December 30, 2018

Hajat ditolak

haii! assalamualaikum gaiss! im back. ok harini nin nk cerita pasal pilihan kita dlm kehidupan atau keinginan kita dlm sesuatu perkara. tk faham lagi?haha okk nin bagi cnth :
cnthlah korang nak sangat pergi sesuatu tempat siap2 dah buat temujanji ngn kengkawan,lepastu dah booking tempat makan.. last2 dlm masa yg last minute sebelum korg bertolak tetibe korg ditakdirkan x dpt pergi disebabkan sesuatu perkara yg menghalang.. ataupun korang nak sangat pilih universiti yg korg selama ni idam tetibe ditolak mcm tu je haish.. ataupun korang diberi2 pilihan korg pilih yg korg suke tapi tak dapat apa yg korang suke.senang cerita semua bende kita plan semua terhalang!
haha mesti setiap org pernah berlaku mcm tu kan dekat diri korg. nin pun

korang kene percaya dan yakin semua bende yg kite rancang terhalang disbbkan suatu hikmah..

''boleh jadi apa yg kamu suke , adalah tidak baik bagi kamu,dan boleh jadi apa yg kamu tidak suka adalah terbaik utk kamu ''

Image result for boleh jadi bende yg kamu suka adalah buruk bagimu,bende yg kamu tak suka adalah baik bagi mu

kerana Allah lah sebaik-baik perancang jua..just kite kene yakin semua bende yg berlaku atau hajat kita tu tak capai MESTI ada hikmahnya yakinlah! melainkan korg buat pilihan yg mmng salah cthnya korg gi tmpat maksiat walhal itu sudah terang bersuluh tempat itu haram baru tiada hikmahnya haha..

ataupun korg putus tunangke itu semua adalah peracncangan Allah. dan Allahlah sebaik-baik perancngan jua .bnykkn berdoa.. :)

ok nin nk cerita gak kisah nin .. dulu nin sangat -sangat- sangat nak masukkk asrama memang betul tergilakan asrama masa tu masa nin t.3 habis PT3.. nin ni memang seorang yg gigih kuat belajar struggle semua bende dlm kehidupan. print berlapis2 kertas latihan.nthen buat banyak latihan setiap hari. gigih time tu.. tapi end up dpt result yg sngt teruk.. dan nin sejujurnya nangis.. yelahkan nin dahlah buat sungguh nthen nin siap buat solat hajat,tahajud dhuha hah amik kau hahaha.

okkk back to my cerita...lepastu nin dtg sekolah punyaaalah penuh dengan harapan dlm kepala otak nin 10A 10A 10A hahaha. tapi balik dengan penuh sengsara..teruks result.. haha mklumlah nin skolah SBT.. so mmng bdak2 kt sana pandai2 semua.
masa balik tu nangis tak stop2. mak ayah nin x habis2 motivate nin spy jgn putus asa...... danasrama yg dimohon dh sah2 lah x dpt2.. sbb syarat kemasukan mrsm sekurg2nya 6A hahaahaaha. so masa tu dh lah tepat betul syarat die  dgn keputusan pt3 nin. 1 jelagi A utk 6A mksudnya mcm ada hikamh lah. yg kebetulan kemungkinan Allah tak nak nin masuk asrama supaya nin boleh jaga mak. mungkin banyak bende baik/hikmah sbnrnya yg nin nmpk selepas naik f4. tq Allah you are the best planner.hahah

so conclusion nye yg nin nk sampaikan.
percayalah setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah.. dan jngn SESEKALI pernah menyesal atas tiap2 perkara yg berlaku.melainkan perkara tu jelas terang lagi bersuluh salah ataupun perkara as pengajaran.. <--- hahah mesti ramai x fhm maksud nin ehehhehe

Image result for boleh jadi bende yg kamu suka adalah buruk bagimu,bende yg kamu tak suka adalah baik bagi mu

December 28, 2018

2019

huhu pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan 12.. kadang2 sebulan ni mcm seminggu kalau korg perasan sbb tulah masa ini emas.nowadays ramai manusia yg sibuk dengan hal duniawi dengn kerjanya haih memang though hidup.tapi kalau kite belajar rajin2 insya allah dpt pulak kerja yang bagus2 nnti tenang lah sikit.
sebulan dah nin tak tulis dkt entri ni.. bulan 12 bulan yang sangat berharga bagi setiap pelajar sekolah gunalah masa yang emas ni dengan banyak mengulang kaji nilah masanya kite cover balik apa yang kite tak faham masa cg ajar . semuanya pada bulan 12 sbb bulan2 sekolah x de masa nk belajar sebab banyak homework haha.. ok.. harini rasa pelik sebab tahun depan nin ambil SPM wish me luck..
as a student yang akan ambil SPM rasa macam dah tak cukup masa , selalu terfikir pasal prestasi akademik, yelahkan pelajar siapa je yang tak nak berjaya.. kali nin just nak borak-borak je dengan korang rasa bosan pulak, ..ok alang2 dah nak masuk tahun 2019.

setiap orang mesti kena ada AZAM baru. azam ni penting mcm apa matlamat kita untuk tahun baru.. sebenarnya tahun barulah sebenarnya tahun yang akan membangkitkan ramaiii orang untuk bersemangat dalam aktiviti seharian tak kiash lah belajar ke kerja ke semua aktiviti. jadi kalau korang tahun ni ada yang dah buat masalah yang teruk ke atau sesuatu kesalahan yang snagat besar or masa atau peristiwa yg perit/dan lampau inilah masa korg bina azam baru untuk 2019. macam mana?

ok mcm ni korg kene bayang kan tahun 2019 tu mcm tahun yg korang baru wujud dekat dunia hahah macam ibarat kain putih yg x de dosa haha..bayangkan je macam tu  lepastu azamkan lah diri yg korang nak tinggalkan semua perkara yang tidak berfaedah,contoh tak nak buli kawan dah ,atau mereka yang selalu tinggal solat azamkanlah yang korang nak jaga solat 5 waktu penuh setiap hari,atau mereka yang masih tak tutup aurat try tutup aurat abaikan kisah silam lalu sebab yang dah lepas itu dah lepas..

jangan sesekali tengok masa lepas/silam nanti lemah semangat just move on and terus kan masa depan kite. stay go forward .. sentiasa tengok masa depan ..org yg selalu tengok masa belakang ialah orang yang susah nak moveon ke masa depan so just think positive okay!.itu dari segi masalah agama yg korng nk baiki. ibarat korang mula dengan hidup baru..

tapi dari segi akademik bagi pelajar sekolah. korang azamkanlah korang nak dapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan,korang nak banyak bantu kawan2 yg lemah....bantu guru2,ibu bapa..kalau korang fed up dengan subjek yang korang lemah cth addmath hahah korang just YAKIN kan yang korang boleh buat percaya kan diri sendiri. jngn just percaya shj usaha tu mesti kene ada...dengar eh kata-kata ini.. MUSTAHILKAN APA YANG tak mustahil! insya Allah korg lebih yakin..cnth korg nak kaya insya Allah kalau ada usaha yg gigih korang akan kaya walaupun dulu hidup susah.. atau kalau korg lemah subjek tu korg usaha gigih tapi usaha tu work smart jngn work hard..insya Allah mustahil utk korang dpt keputusn cemerlang
azam bukan sahaja dari segi apa yg korang nak dapat tapi attitude korang yg nak ubah pon dikira azam.
cthnya buat baik ngn kengkawan ,perbaiki kan akhlak
kalau korg selalu tipu/curi brg org, korg berhentilah menipu,mencuri etc

AZAM KAN sebanyak berapa korang nak for 2019!!

for me as SPM candidates for 2019 a little bit nervous..banyak cabaran yang nk kene hadapi.tapi tk pe stay strong NIN hahaha...oklah bye hihi
matlamat nin utama
-nak dptkn 10A+ utk spm
-tak nak kedekut ilmu
-nak lebih beramah and sosial dengan kengkawan
-nak berbakat dalam presentation
-
-
-azam yg lain privasi hahah

October 24, 2018

Rahsia Tenang SENYUM :)

Hai Assalamualaikummm... fuhh malam ni memang sangat letih tapi nin tak pernah jemu nak buat entri untuk share kan seberapa banyak ilmu yang nin dapat. Tak lama lagi blog nin akan jadi gedung ilmu .. Insya Allah..hairni nin nak kongsikan tips untuk TENANG..
Tenang? apa rasa tenang eh? bahagia, happy,always in positive side...etc
macam mana nak tenang. sekarang terlampau ramai orang yang sedang menghadapi banyak cabaran dugaan,resah gelisah, dalam kondisi yang berbeza.. kalau pelajar SPM risau dengan examnya.kalau mak ayah risau dengan masa depan anaknya,pekerja risau dengan kedudukannya.
Tapi tips ni khas dituju untuk pelajar yang tertekan atau stress bila belajar,dapat keputusan tak cemerlang atau kena marah dengan guru. tapi boleh diguna oleh semua orang dekat dunia ni :)

apa tips tu?
haha ada satu je tips. satu satu tips ni sangatlah berkesan..
tips ni kita mampu ubah emosi orang lain dan emosi diri kita. hebat tak tips ni
ok ok nin bagitahu tips untuk sentiasa TENANG
ialah

 SENYUM
Image result for word smile gifImage result for song jihyo smiles gif
Kenapa senyum? haha walaupun nampak perkara ni kecil tapi mengubah sesuatu yang besar
sebab dengan senyum sebenarnya kita akan membuat diri kita 'positif' dengan senyum otak kite akan
ubah fikiran dari stress,marah,sedih bertukar menjadi mood happy,bahagia,dan tenang..

AND instimewanya senyum adalah bila kita sentiasa senyummmm..dapat bantu emosi orang lain yg sedih.. nin hope sangat kalau korang pergi mana-mana ke dekat sekolah ke atau dekat luar sekolah Sentiasa amalkan senyum :) sebab senyum ni dapat membantu orang lain juga. orang yang sedih setelah kecewa atas sesuatu bila dia terpandang kita punya senyuman, percayalah dia akan rasa lega dan kurang dia punya sedih tu.. senyum ni lebih kepada penyakit baik yang berjangkit. orang lain yang sedih bila pandang senyuman kita. diorang akan rasa tenang dan rasa lega.. senyum lah. lagi-lagi bila orang yang kita senyum tu balas balik senyum. pasti perasaan and akan dihargai apa yang anda senyum tu.dan itu akan membuat anda lebih happy,dan tenang..

Ok macam mana pulak kalau orang tu stress belajar tapi takde orang sekeliling nak kena senyum juga ke. haha ya ! kena senyum sorang-sorang supaya tubuh badan kita ada positif mind. sebenarnya tanpa kita tahu senyuman tu sebenarnya menggerakkan lebih daripada 20 otot hanya untuk senyum je. betapa hebatnya senyum .. tanpa kita sedari kite akan perolehi pahala yang banyak sebab manatahu orang yang lihat kita senyum dari murung ke happy. dah dapat pahala bantu orang.

kalau rajin bacalah yang bawah ni :) bagusss bacalah.. hehe
___________________________________________________________________________

KEHEBATAN SENYUM DAN BERMANIS MUKA
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah" (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Senyum adalah salah satu sunnah dan akhlak Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling banyak senyumannya. Senyuman baginda adalah untuk kawan dan lawannya.
Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.
1. Senyum Membuat Anda Mempunyai Ramai Teman
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.
2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
4. Senyum Menghilangkan Stress
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.
5. Senyum Meningkatkan Imuniti
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.
6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Kajian mencatat bahawa tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.
7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.
8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.
9. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.
Senyum mencipta suasana kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.
Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.
Senyum dan bermanis muka juga adalah salah satu medium dakwah. Untuk berdakwah manusia kepada Allah, tak semestinya perlu pandai beercakap. Malah dengan senyuman itupun adalah satu bentuk dakwah.Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.
Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.
SILA SHARE DAN SEBARKAN SENYUMAN ðŸ˜Š
(sumber facebook) penulis Ustaz IQBAL ZAIN



Image result for smile pngRelated image

MOTIVASI DIRI BELAJAR

Assalamualaikumm.. hai guyss
dahlama tak buat entri.. walaupun baru 1 page je dah buat haha. sorilah tak aktif. tapi nin try untuk aktif selalu. ni pun baru lepas habis exam rasa lega sangat walaupun buat main-main. hehe
Harini nin nak bagi motivasi sikit kepada mereka yang hampir putus asa and hasrat nak bersemangat kembali untuk belajar. ni especially bagi mereka-mereka yang rasa lemau atau lemah semangat untuk belajar..motivasi saya adalah lebih kepada phsycologi pemikiran :)

First kali is kita kene ada..
MATLAMAT*
ramai orang yang belajar belajar n belajar tapi tak de tujuan,takde matlamat ataupun pendek kata takde halatuju.mereka belajar tapi tak tahu tujuan untuk apa. first kali sebelum study ckp kat diri sendiri ''aku belajar untuk apa?' dan jawab soalan itu balik dengan cakap' aku belajar first kali semestilah kerana Allah taala, secondly is aku nak dapat pekerjaan yang bagus supaya ..aku dapat berjaya dunia Akhirat aku nak masa hadapan aku cerah bahagia aku nak aku sendiri cipta jalan hidup aku sendiri pada masa depan aku nak jadi orang yang hebat dan dapat pekerjaan yang bagus, besar nanti aku nak tolong mak ayah aku supaya mereka tak susah lagi,aku nak bawa mak ayah aku pergi mekah,aku nak melancong satu dunia, aku nak sedekah dari gaji pekerjaan aku kepada golongan asnaf... dan sebagainya..

 pendek kata korang KENA bayanggkann apa yang korang nak pada masa depan korang! korang bayangkan or imaginasikan macam mana keadaan korang bila besar nanti. takkan korang nak mereput tepi jalan minta sedekah nak ke? takde siapa yang nak. so jadikan benda tu sebagai CABARAN kita untuk mendapat keputusan cemerlang! tapi yelah tak semestinya kalau dapat keputusan cemerlang terus dapat kerja bagus tapi sebagai kunci untuk terus maju jaya dan tidak ketinggalan.ada je orang yang gred keputusan peperiksaan dia tak bagus tapi still dapat pekerjaan yg bagus,tapi peluang bagi orang mcm tu sangat tipis untuk dapat kerja yang bagus-bagus especially zaman sekaramg nak cari kerja pun susah . so hargailah ilmu yang sedia ada untuk peperiksaan nanti

 .Pasangkan matlamat contoh kalau nin. nin akan print gambar pekerjaan nin yang akan jadi lepastu tampal dekat dinding .bile kite tengok setiap hari gambar tu sebenarnya akan lebih menjadikan kita bersemangat untuk belajar bersungguh. ok contoh lain mcm contohlah kalau korang nak pergi Korea ,England or Mekah  korang print gmbr tempat tu dan lekatkan dinding srs nnti korang lebih semangat nak belajar sebab korang dah set mind korang/'ok aku nak buat yang terbaik dalam exam supaya aku dapat pergi sana situ sini bla-baala... ataupun print tulisan yang tulis STRAIGHT A's SPM/PT3/UPSR.. insya Allah. Tapi kalau buat benda ni je tapi tak belajar atau tak de usaha langsung takde gunenye hahha. sebab itu cume menjadi pembakar semangat je.

-conclusion-
pasang matlamat dan kehidupan korang semasa 20 tahun akan datang..(bagi pelajar sekolah)
matlamat ni ialah benda yang kita nak capai.contohnya cita-cita, instance, cthlah kalau korang nak jadi businesswoman korang bayang kan dulu termenung dulu sorang-sorang tentang diri sendiri pada masa depan ok contoh.''aku nak jadi business woman aku nak buka 3 buah kedai nak ada syarikat sendiri, aku nak jual macam-macam  etc. bile imagine masa depan tu cube untuk described and described berlebihan..masa depan yang cerah


20 tahun impian aku pada masa hadapan (MATLAMAT)
1._______________________________________
2._______________________________________
3._______________________________________
4._______________________________________
5._______________________________________
.
.
.
10._______________________________________

kalau lagi bagus tulis dekat kertas at least sekurang-kurangnya 10 matlamat hidup korang
and tampal dekat dinding//

Tapi, bila time nak start buat kaedah ni. kene start dengan rajin buat homework dulu.bila kita dah complete semua homework barulah you are ready for the next challenges.kalau homework pun rasa malas nak buat  apatah lagi nak capai cita-cita atau matlamat korang, so start from below and end up with top.

jangan sebab ini korang study gila-gila!. ini cuma menaikkan semangat untuk diri supaya belajar lebih rajin. tapi bila korang dah rasa semangat nak belajar korang kena ada strategi untuk belajar.. cara ,strategi dan teknik belajar pasti akan mengurangkan tekanan anda.tanpa strategi kita akan lebih stress. nin akan explain lebih lanjut dalam strategi belajar yang berkesan dan tenangggg dalam menjawab exam insya Allah..

p/s dituju khas  kepada pelajar sekolah

                                                   PENULIS-NIN :)