May 7, 2022

Surat Untuk Si Dia

  Cinta adalah hadiah yg terindah yg dikuniakan Tuhan buat manusia,

Cinta kepada-Nya seperti cahaya,

tanpanya hidup kita akan terumbang ambing dalam kegelapan,

tetapi...

hadiah terindah seorang insan adalah memiliki teman yang bersama-sama memberi kebahagiaan, melengkap kelemahan dan kelebihan antara satu sama lain sehingga ke hujung nyawa ;)

-seandainya kau ada

Cinta itu manis,rahsia, indah ,mesra,bahagia. Kerna cinta itu fitrah manusia.

Namanya bukan manusia jika dia tidak pernah merasai apa itu cinta.

Kemanisan cinta itu lebih indah jika kedua-duanya saling mencintai antara satu sama lain.

Kejujuran,kesetiaan itu dinilai dalam setiap pasangan.

Tidak perlu cemburu jika wanita itu cantik,mahupu mempunyai kelebihan yang membuatmu cemburu.

Kerna yang pasti wanita itu hanya mampu memiliki satu jejaka

Bukan cinta jika, niatnya hanya memuaskan nafsu serakah,

Bukan cinta jika, kerna kecantikannya,

Tetapi cinta itu apabila kita tertarik dengan keperibadian seseorang itu,

dan bahagia apabila melihatnya.

Cinta itu mulai dengan pandangan mata lalu turun ke hati.

Kerna dengan melihatnya akan timbul rasa cinta.

Cinta itu BUTA jika hanya semata-mata memuaskan nafsu ,

Cinta itu manis jika percintaan antara pasangan menuju ke ikatan halal,

Cinta itu RAHSIA seseorang yang mulai dengan perasaan cinta dimana hati seseorang itu mulai berbunga-bunga tiap kali melihat gelagat, si dia.

Cinta itu juga RAHSIA Tuhan yang Maha menimbulkan perasaan dalam hati seseorang.

Perjalanan sebuah cinta juga sudah tercipta tanpa kita sedari.

Orang tua kata, jika suka jangan pendam lama-lama kerna pedih sesali akan menimpa,

Tetapi mulailah dengan bismillah dan niat untuk menghalalkan cinta itu secepat yang mungkin.

Meskipun ramai yang berpasangan tidak secara HALAL dan berdosa.

Perkahwinan itulah solusi terbaik dalam membina kemanisan cinta yg HALAL dan memperoleh pahala.

.

.

.

Surat untuk Si Dia.

Aku sudah tunggu lama untuk engkau muncul dalam jalan ceritaku,

meskipun aku tidak ketahui siapa engkau dan dimana engkau berada sekarang,

mungkin kita masih tidak pernah berjumpa, atau mungkin kita sudah berjumpa,

aku cuma harap engkau dapat bimbing aku dengan baik,

beri layanan yg baik,menjadi pendengar yang setia, jujur kepada aku walaupun pahit tuk bercerita,

siapapun kau aku harap jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga melalui jalan yang halal iaitu pernikahan.

Aku harap dikau dapat terima segala baik buruk aku.

Aku CINTA kamu, meskipun aku tidak tahu jodoh ku lagi.

Perasaan cintaku terasa sepi, aku pening kepala memikirkan soal jodoh, lalu aku berserahkan kepada yang Maha Esa untuk membentuk kisah cinta cerita kita suatu hari nanti.

-Anonymous


Penampilanku Yang Tua

 Tipu lah semua tak suka kecantikan.


Setiap orang suka kan kecantikan... Allah pun suka akan kecantikan <3

usahlah fikir apa yg orang perkatakan,usahlah berasa malu dengan apa yg kita miliki, harta mahupun rupa fizikal. Tapi harini aku nak tekankan tentang fizikal <3

Aku merupakan kakak sulung,kakak yg pertama daripada lima. Ibu aku bukanlah seorang yg suka berfesyen, pakaiannya cukup simple kemas, dan ibu aku memang aku tak nafikan seorang yg natural beauty, tak perlu bertopengkan mekap sudah cantik, tiada jerawat kulitnya sangat bersih, putih, dalam erti kata lain orang kata sempurna dan awet muda. 

Dulu aku sering mengeluh kenapalah rupa fizikal ku dan genetik kulitku tidak serupa seperti mana ibuku.

Aku biasa2 sahaja.. namun kenapa harus ada persoalan 'kenapa'  tak sepatutnya. kerana aku baru sedar yg dinilai oleh Tuhan ialah amalan,akhlak peribadi kita, bukanlah rupa. Aku sering memikirkan bahawa setiap manusia yg hidup hanyalah berupakan roh, yg sebelumnya dalam rahim ibu kemudian dimasukkan dalam 'suit' ataupun dalam erti kata lain patung manusia. dan hidup menjadi.


Ingatlah bahawa setiap fizikal yg kita nampak sisinya buruk, jangan pernah lekehkan keburukan yg kita ada, itu adalah secebis ujian kpd kita. dan JANGAN pernah hina seseorang tu tak kiralah dia kulit hitam sekalipun,kulit kuning, ada jerawat banyak, hidung mancung,bibir muncung,mata sepet,pendek. STOP BODY SHAMING PLEASE. bukan setakat fizikal rupa tapi fizikal badan, seperti gemuk,obes kulit kusam, penyakit tompok2 di kulit dsbgnya. Tolong jangan sesekali body shaming. Ya Allah perit hanya Allah sahaja yg tahu,setiap kali manusia menghina sisi fizikal kita.


Life it's a not about who's the prettiest,who's the handsome. But life is about bekalan amalan kebaikan yg kita buat.ur attitude. 

Rupa dan fizikal seseorang yg kita hina, percayalah sebenarnya diprang tak minta pun, mahupun gemuk, kita kata mereka banyak makan tapi hakikatnya, itulah genetik, aku ada kawan yg kurus pendek, dia makan banyak sangat2, selalu tambah.. tapi hakikatnya dia tetap kurus, sebab apa sebab genetik.. gemuk pun sebab genetik. Setiap rupa bentuk fizikal yg Allah buat ni adalah ciptaanya, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yg ada. ada yg lahir2 takde kaki,takde mata, takde tangan. kita yg lengkap dengan anggota badan yg penting patut rasa bersyukur dan nikmat. Tak usah dengar orang yg hina tu. Kalau ada yg hina atau ejek, dengarlah sebenarnya org yg kau ejek tu sangat sedih cuma die tak tunjuk dekat kau, dia hanya pendam nangis sorang2.

Tapi Bagi aku, sesiapa yg ada low confidence about your look. Korang kena terima dengan redha, dan percaya ini adalah salah satu cebis ujian, kene terima dgn redha, insyaAllah dapat pahala.Kalau rasa stress dengan org yg suka kutuk korang. korang serious kena luahkan dekat seseorang yg kau sangat sedih, luahkan dkt kwn yg korang rapat, tapi yg terbaik adalah luahkan dkt Tuhan. 

Second things is, kalau ada sesiapa yg cakap kau ni buruk hodoh, gelap. Sometimes bukan setakat rupa fizikal but also your appearance,maksud aku dari segi pakaian, u guys kene glow up kan diri. Maksu aku start pakai mekap yg light SAHAJA dan simple. Dulukan aku memang tak suka mekap memang peliklah tengok perempuan ramai gile yg suke sangat mekap aku pening. kalau nak siap gi mana2 ke. aku tak pernah pakai mekap ar. tapi selalu tengok kawan aku yg siap lambat suka pakai mekap. bagi aku benda tu buang masa. tapi lama kelamaan aku sedar patutlah ramai permpuan pakai mekap sebab dia nak boost confidence dia depan orang ramai, aipp bukan untuk ngorat yee. tapi boost keyakinan bila bercakap dengan orang. takut2 kalau appearance kau buruk takut kena sisih karang ahaha. ok aku mula faham, bila kene kat batang hidung aku sendiri. aku selalu kene ejek dengan makcik2,pakcik2 yg aku sendiri tak kenal. contoh cam penjual kedai, kawan mak aku, penceramah program perghhh yg tu aku takleh nak lupakan lah tentang penceramah program tu, die punya bash tu pedih gila. haaha, memang aku tahan air mata aku je waktu program tu sakit tu memang pergh tuhan sajalah yg tahu..die camni cite die pakcik tu dia boleh cakap mana satu mak mana satu anak.. aduh sakitnyeeeeeeeeeeee.. takpe2 haih. takpelah panjang lagi senanya die bash tapi cukup setakat tu jelah malas nak fikir balik.. nak katanya rupa aku ni boleh dikatakan nampak macam tua. lagi2 bila aku start pakai spek rupa aku macam makcik2. haih takpe aku sabo je.haha

CERITA AKU

Aku sejujurnya, bila kata kakak pertama ni memang sedihlah, sebab bab2 pakaian aku tak reti, mekap pun aku tak reti, pakai wangi-wangian pun tak pernah introduce. memang kene cari sendiri pakaian apa yg sesuai untuk seorang wanita tapi yg pasti yg tutup syariah. bila dah banyak sangat kene hentam dengan makcik pakcik termasuklah org2 yg aku tak kenal yg asyik panggil aku makcik, dan banding2 dgn muka mak aku.. hmm.. aku sangat sedih. so aku pun startlah buat research mcm mana pakaian yg cantik dan sesuai utk muslimah, kiranya mcm nak glow up ah supaya nampak muda.. so aku dulukan suka sangat pakai gelap2. colour2 bosan.. sbb tukut nampak tua heheee lepastu pakaian aku dulu sangatlah gelebeh.hmm. sekarang aku dah pandai cari facial wash yg terbaik, aku start belik light powder yg ringan, dan currently aku punya favourite looks hehe adalah, baju casual,blouse + skirt muslimah yg straight cut. lepastu tudung labuh aku dah pandai lilit hehe :) new achievement lock. tahun ni lah aku dah start pakai kain, sebab bagi aku bila aku pakai kain serious jujur nampak cam mudaa heheee,mungkin selama ni aku pakai seluar gelebeh hehe tu kut. blouse tu aku pilih warna yg ceria2.. Lepastu semenjak aku pakai kain, hehe ramai betul cakap aku ni adik heheeeee hepinya aku arrr!!

aku beli skirt tu pun harga RM13.50 beli kt shopee jeee heheee. aku borong terus 5 colour .lawa2 sume sukanya hihiiii. . lepastu muka aku ni pulak jenis yg kusam sangat yg amat kusam, aku punye dark eye circle perghhh memangg pekat likat gelap die... patutlah kusamm. lepastu banyak sangat parut. jadi aku beli concealer maybelinner. tapi aku nye prinsip mekap memang light ah. takdenya nak tuang sume concealer seluruh muka, sekadar gune utk tutup parut hitam dan dark eye circle, srs sumpah nampak muda gila. aku satisfying sangat.








Diri Aku

 Aku.. saat aku karang ayat ini, aku.. dalam keadaan menangis.. sambil mendengar alunan Quran dari seorang gadis yang amat menyentuh hati aku.


Izinkan aku bercerita tentang diriku. Andai aku dapat berputar balik masa, apa yang aku ignin buat adalah, memasuki sekolah agama Tahfiz. Aku sangat sedih, kerana aku hanya sekolah kebangsaan harian, tiap kali aku melihat gadis2 yang memaka tudung labuh, lelaki yang berkopiah di sekolah agama, aku sebak, tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata cukup air mata menjadi saksi kesedihan ku. Dan Allah sebagai saksi sebenar. 

Betapa cintanya betapa sayangnya aku terhadap agama, namun dulu aku leka, aku lalai. Bermulanya begini, Dulu aku darjah 4 di sekolah swasta agama, kemudian tak lama aku berpindah di sekolah kebangsaan ssehingga darjah 6, kemudian berpindah ke sekolah kebangsaan menengah dari t.1 hingga t.5.

Sewaktu aku di tingkatan 1, pada awalnya aku sekolah aliran kelas arab, namun tak lama kemudian, aku mendapat tawaran di sekolah yang berprestij tinggi, sewaktu bulan 2, namun di kelas biasa. Kemudian, aku tidak memohon untuk menukar ke kelas aliran arab, hal kerana terlalu selesa dengan rakan-rakan. Ibu aku selalu menasihat dan menyuruh aku untuk apply ke aliran arab. namun hati aku kuat untuk tidak katakan tidak mahu kerana selesa dengan kawan di kelas biasa. Tak lama kemudian waktu aku tingkatan 2. Aku menangis, aku menyesal kerana tidak mengikuti apa yang ibu aku suruh, aku mula menyedari betapa cintanya aku terhadap ilmu agama dengan lebih mendalam,namun tidak kesampaian. Sewaktu tingkatan 3, aku tekad dan berniat untuk menukar ke sekolah agama sewaktu tingkatan 4. Aku telah buat terlalu banyak research tentang semua sekolah agama yang berasrama kerajaan mahupun swasta. namun hatiku berkecai saat mengetahui untuk menyambung ke sekolah agama perlu mengambil aliran arab. saat itu aku sedih yang tak mampu ku ungkap dgn kata2.


Nasihat aku, bagi mereka yang bersekolah agama, gunalah peluang itu sebaik mungkin, perbetulak niat, guankan ilmu untuk memberi manfaat kepada manusia, menyebarkan lagi dakwah2 keapda umat islam dengan lebih meluas, jangan persia-siakan ilmu itu. Satu je aku ingin pesan, engkau yang bersekolah agam sangat-sangat-sangatlah beruntung kerana terplih olehNya dengan izinnya, sedangkan ribuan lagi pelajar seperti aku yang teringin sangat belajar di sekolah agama. Namun agi aku, aku cuba untuk fikir lebih luas dan rasional,bahawa aku juga mampu mempelajari agama lebih mendalam dengan usaha aku sendiri.

Namun aku yakin dan pasti setiap yang sudah berlaku itu takdir, namun kita ada pilihan, aku yakin setiap yang berlaku akan ada hikmah bagi setiap2 perkara.

Takdir

Sebelum kita lahir lagi, sudah tercoret kisah perjalanan hidup kita di muka bumi ini, telah dilakar corak kehidupan masing-masing. Setiap orang mempunyai buku cerita tersendiri. Mungkin.. ada yang tertanya jika telah diitetapkan aturan oleh Allah terhadap kita semua, buat apa kita perlu usaha? tunggu sahaja lah kan jalan hidup ni jalan.. sebenarnya fikiran sebegitu sangatlah tidak benar. memang betul aturan jalan hidup kita dah pun ditetapkan oleh Yang Maha Esa tetapi nak tegaskan dekat sini, kita punyai pilihan tersendiri untuk mengubah nasib kita sama ada hendak sukses atau gagal dalam kehidupan. 


Dalam Al-Quran sendiri, Allah berfirman, bahawa Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri ubahnya. Maksud dekat sini betapa pentingnya usaha dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Usaha itu penting untuk mendapat kan kehidupan yang lebihbaik lebih berjaya. Mungkinlah ada yang kata saya usaha setiap malam saya tidur lewat belajar dan belajar tak henti-henti, tetapi result saya tak seperti saya taget atau tak seperti yang saya harap. ini tak adil! jangan begitu.. ingat bende ni untuk tenangkan fikiran korang. Pahala yang Allah beri adalah setanding dengan berapa banyak usaha kamu dalam menimba ilmu. Yang pertama sekali, walaupun result tak seberapa gempak, dalam menuntut ilmu ni kita mesti kena ada niat untuk timba ilmu supaya dapat pengetahuan yang lebih luas untuk kegunaan pada masa depan..jangan semata-semata untuk dapat result gempak sahaja. pastikan menuntut ilmu ni niat sepenuhnya Kerana Allah taala. dan kalau.. 

korang semua pernah rasa penat yang teramat dalam usaha menuntut ilmu ni, korang just kene ingat yang.. dalam banyak2 penat yang Allah suka dalam muka bumi ini, ialah.. penat dalam menuntut ilmu ;) so jangan sedih jangan rasa usaha yang korang buat semua tu sia2. Allah Maha Adil dan berhak untuk memberi pahala sebanyak mungkin kepada mereka yang kuat usaha meskipun result exam tak sehebatnya. Allah pandang usaha bukan result. result itu adalah bonus dan kegembiraan kecil dalam dunia realiti, namun usaha yg kite pikul itulah sepatutnya dijadikan kegembiraan besar kerana kita harungi usaha utk menuntut ilmu itu. Dan memang betul ada..yang mereka belajar sekali lalu je dah terus faham.. Alah nin pun pernah lah ada kawan yang die tidur waktu kelas selalu ponteng kelas sekali result die fuhhh memang gempaks. tapii jangan sedih jealous dgnnya tu normalisasi. tapi jangan dengki sudah haha😅 bahaya tu..  ada orang yang die usaha banyak kali pun masih susah nak faham.. lambat tangkap. tetapi itu semua rezeki yang Allah beri .. setiap orang ada tahap penguasaan ilmu yang berbeza.. tapi yang bezanya adalah cara kite usaha utk menuntut ilmu ;) memang kejayaan utk orang macam tu senang tapi kalau kita dapat jaga akhlak sekali bukankah itu lagi indah di mata manusia? sekarang ramai yang bijak pandai tapi tertinggal akhlak.. jangan sesekali kita tinggal akhlak walau sehebat mana kita pun nanti.


Dalam takdir kehidupan kita ini.. dengan siapa yang kita kenal, beratus2 manusia datang dan pergi dalam hidup kita sebenarnya telah pun ditetapkan oleh Allah. dan mereka datang dan pergi tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meninggalkan kite sebuah pengajaran,kesabaran, nasihat, hikmah yang kita tak sangkakan, semangat yang lusar biasa, pengalaman yang pahit dan manis yng mengajar kita erti nilai kehidupan, mengajar erti persahabatan.







Cara kawal sifat marah

 Hai Assalamualaikum, 

#penulisankudakwahku


Tips untuk kawal sifat marah

1. Tarik nafas.. dalam2. lepas 3/5 kali

2. ISTIGHFAR 7/30X

3.DIAM 

jangan balas, senyap sahaj walaupun perit, kecuali fitnah kena tegaskan dengan penuh hikmah

4. duduk jika sedang berdiri,baring jika sedang duduk

5. ambil wudu'

6. dengarkan zikir di utube.. zikir penenang hati.. sambil baring dan selesaikan masalah itu sebaik mungkin dengan diri. jika remeh abaikan.

TUNDUKKAN AKU

 TUNDUKKAN AKU,

aku ingin menjadi serendah-rendah rumput, biarpun orang mengata apa.

Ya Allah jadikanlah aku hamba yang tidak terkenal di muka bumi tetapi terkenal di alam akhirat.

Aku ingin menjadi diantara orang yang biasa, yang menyimpan segala kebaikan daripada dilihat orang.

Aku ingin kelihatan biasa, namun kebaikan yang kulakukan , CUKUP Tuhan dan Aku mengetahui tentangnya. 

Ya Allah jadikanlah aku orang yang solehah yang melakukan amalan kebaikan yang banyak bukan semata pujian manusia, bukan semata dilihat baik oleh manusia. tetapi hanyalah sebagai Hamba Mu. 

Jadi kan lah diri aku hambah yang merendah diri. rendah hati.

Ya Allah pertemukanlah aku dengan orang-orang yang solehah, yang mengajakku kearah kebaikan.

Jauhkan lah aku daripada sifat riak dan takabbur dalam beramal ibadah.

Pada engkau sahaja aku tunjuk kebenaran sisi ku bukan semata-mata pujian orang lain.