September 27, 2019

IBU

ibu,emak,mama,ummi,mummy..

 panggilan-panggilan khas untuk ibu kita yang tercinta.

tipulah kalau tak sayang mak sendiri..ibu ni merupakan insan yang paling berharga buat setiap anak. betul kan? pernah tak kita merasai bagaimananya perit untuk melahirkan seseorang anak,pedih tak terkata. seterusnya, kita dibelai dengan penuh kasih sayang..walaupun perit tetap senyuman seorang ibu terukir di wajahnya. Gembira tak terkata. XD

lamakan mak ayah kita jaga kita sanggup jaga kita sehinggalah kita bersekolah,masuk U,bekerja .. perasan tak hidup ni ibarat putaran..

walau macam mana pun mak kita garang ke,suka marah2 ke. dia tetap mak kita. jangan SESEKALI kita memandang sinis terhadap mak kita. jagalah pertuturan kita..

sebenarnya tujuan saya mencurahkan coretan ibu dari pemikiran saya. ialah betapa hebatnya doa ibu yang tiada hijab dan tiada siapa boleh ditandingi...nin nasihatkan korang untuk SENTIASA JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA... mereka adalah tempat restu dan redha kehidupan kita.. kita senang je nak tahu hidup kite ni bahagia atau tak kite tengok sejauh mana hubungan kite dengan ibu bapa kite. memang first of all mestilah kene jaga hubungan kita dengan Allah seperti jaga solat,dan ibadah2 lain. the second thing is jaga hubungan dengan ibu bapa. itulah sebenarnya tips yang palingg sangat berkesan untuk bahagia dalm hidup meskipun tidak berjaya dalam kejayaan. jaga hubungan dengan mak ayah. tak kiralah kita kerja pensyarah ke doktor ke guru ke akauntan ke tetapppp jaga hubungan dengan mak ayah....

doa ibu sangat mustajab !!!
memang ibu ni sebenarnya doa die tiada hijab. so kalau dah nak dekat2 exam tu sangat2 sesuai kalau minta restu ibu lepastu minta ibu doakan agar dipermudahkan menjawab exam...tapi kalau suruh doa, tapi takde usaha takde gunanya juga..paling hati2 bile korang bertutur dengan mak korang sendiri jaga yee pertuturan korang...sekali buat ibu korang marah sekali itu ibu korang boleh keluarkan kata2 yg buruk/ tak elok kepada korang.. so paling penting JAGA LISAN dengan ibu ayah...

yang penting jaga hubungan eratkan hubungan

sebenarnya banyak sangat kisah benar yg melibatkan kata2 ibu yg mustajab.. adalah seorang hamba Allah ni.. hidup die penuh diuji. kerana tidak mendapat restu dan redha ibunya..nanti kalau nin sempat insyaa Allah nin akan share beberapa cerita tentang anak dan ibunya serta kehidupannya..


How to cash back kasih sayang seorang ibu?
jadilah anak yg soleh dan solehah.. doa anak yg solehah ,sebenar2 makbul.. doakan ibu kita diberi kebahagiaan dunia akhirat,diampuni dosa,dipermudahkan urusan... bukan setakat belajar tinggi2 tetapi  tak pernah nak hiraukan keadaan ibu kite,situasi mereka,kehidupan mereka..
.. bersambung..






September 26, 2019

SYUKUR

Alhamdulillah ,Syukur kepada Allah yang maha Esa,segala puji bagiNya, tiada siapa yang mampu tandingi kekayaan yang maha Esa,
Ya Allah engkau berikan aku terlalu banyak untuk Ku buat kali ni.. aku bersyukur kepadamu ya Allah. rezeki nikmat yang engkau beri membuatkan ku ingin dekat dengan dirimu.Engkau lah maha Kuasa atas segala yang engkau kehendaki. ya Allah jangan lah engkau turunkan nikmat  ini ya ALLAH.
aku tahu kenikmatan ini merupakan ujian buat ku, berikan lah aku rasa merendah diri..

Image result for alhamdulillah pngRelated image



Assalamualaikum.. pembaca2 sekalian.. hari ni nin nak kongsikan sedikit coretan yang perlu kita amalkan. setiap kali Allah memberi rezeki kepada kita tidak kira sedikit atau banyak JANGAN lupa untuk menyebut Alhamdulillah yg bermaksud ''segala puji bagi Allah''
coretan ini untuk nin sedar bahawa pentingnya sikap syukur dalam setiap hamba Allah.

Rezeki Allah datang dengan pelbagai bentuk, samada dalam bentuk wang ,kebahagiaan,teman,sahabat yg baik,peluang bekerja,harta benda,anak,dan bermacam-macam lagi.. nikmat Allah ini luas,rezeki Allah sangat luas. ALLAH sangat MAHA pemurah lagi maha penyayang. kita semua kena ingat jangan kita LEKA kan diri dengan nikmat yang Allah beri kepada kita...jangan leka dan alpa dengan hiburan dunia semata-mata yang kian tidak lama kita di muka bumi ALLAH. sentiasalah bertasbih bertahmid,berzikir,beristighfar kepada ALLAH utuk membersihkan hati kita daripada kotoran debu.

Jagalah nikmat Allah beri dengan baik-baik.Jangan pernah menyombong kan diri di muka bumi ALLAH sehingga berlagak sombong kerana memiliki harta yang banyak.KERANA ALLAH boleh tarik bila-bila masa sahaja rezeki atau nikmat yang kita peroleh.

Rezeki yang kita perolehi itu hendaklah kita berkongsi kepada mereka yang memerlukan!
bagaimana?
duit,harta kekayaan hendaklah kita infak atau bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan
CAHAYA ILMU!, hendaklah kite sebagai pelajar, individu yang berilmu,perlu sewajarnya untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang lemah dalam pelajaran. JANGAN sesekali kita berdiri di atas gunung yang tinggi dengan keadaan muka mendongak kerana orang-orang itu lah orang yang paling rugi di sisi Allah. merekalah orang yang riak takabbur,sombong kedekut ilmu mahupun harta. Diri mereka itulah tidak akan memilki kebahagiaan dan kecemerlangan yang sebenar.

Sebagai Hamba Allah yang terpilih untuk hidup di muka bumi Allah. sewajarlah kita rajin,berusaha untuk menimba mahupun mencari ILMU seluas Lautan, kerana orang yang tinggi darjat ilmunya lalu merendahkan diri dan mengalu-alukan untuk berkongsi ilmu,serta harta kepada mereka yang memerlukan adalah sebaik-baik manusia.

Terdetiknya hati NIN utk berkongsi nasihat ini kepada kalian semua . kerana kalian semua juga perlu tahu bahawa nikmat dan rezeki yang kita peroleh merupakan suatu ujian yang tersirat.. apa maksud nin?
contoh jika ALLAH berikan kekayaan yg melimpah ruah kepada kita semua . itu merupakan ujian kepada kita sama ada kita hendak bersifat menunjuk-nunjuk atau bersifat RIAK BERLAGAK ,SOMBONG itu semua ujian kepada kita. lalu apabila diberi nikmat terus lah merendah diri kepada ALLAH. kerana nikmat itu pemberinya dari ALLAH swt. Agungkanlah tuhan kita ALLAH yg maha PEMBERI..
contoh kedua jika kita diberi akal yang penuh dengan ilmu, lalu kedekut untuk berkongsi dengan kawan itu juga merupakan ujian kepada kita. maka hendaklah kita merendahkan diri dengan ilmu yang kita ada.

walau sekaya manapun kita ini yg hidup di muka bumi Allah ingatlah. layan lah kehidupan kita dengan cara yang sederhana...

nin bicarakan tentang syukur kerana hari ini nin dapat markah ujian yang bagus2 semua. Trial SPM ni alhamdulillah cemerlang. tetapi itu juga merupakan ujian kepadaku apabila tiap kali orang bertanyakan kepada ku markah ujian sama ada aku hendak riak atau merendah diri. ujiann.. dan nin sangat takut jika markah SPM nin jatuh. tetapi nin sedar buat apa kita perlu takut sedangkan kita mempunyai Allah untuk bergantung sepenuhnya... dan semestinya USAHA KITA PERLU setanding dengan APA YANG KITA IMPIKAN KEPUTUSAN SPM sebenar. pembaca2 sekalian mohon doakan untuk nin supaya diberikan kemudahan dalm menjawab SPM sebenar. hanya tinggal sisa baki sebanyak 1 bulan sahaja untuk bersua dengan SPM.

TIPS jawab cemerlang dari segi rohaniah
-jangan pernah tinggal solat 5 waktu
-jaga 3 hubungan ini
hubungan dengan Allah
hubungan dengan manusia,guru ibu bapa dan kawan
hubungan dengan makhluk Allah, haiwan kucing dan lain2
-USAHA perlulah beganda
-berserah diri dan bertawakkal kepada Allah
-sentiasa mempunyai sifat yang syukur dan keyakinan yang tinggi utk perolehi kecemerlangan


jangan lupa amalkan sujud syukur setiap kali mendapat nikmat atau rezeki yg melimpah ruah
insyaa ALLah ,

AKU SAYANGMU YA ALLAH
Image result for sujud syukur
Image result for alhamdulillah png

April 19, 2019

Solat ibarat Hadiah kita untuk Allah

Solat ibarat Hadiah kita untuk Allah

assalamualaikum.. alhamdulillah nin ambil kesempatan untuk menulis sebelum peperiksaan menjelma. hari demi hari berlalu. masa sangat emas bagi nin. masa sepantas kilat. 2 jam mcm 20 minit. 6 jam macam 1 jam. pening, haha..masa itu sangat emas . sedangkan dalam ayat al quran Allah kata demi masa . seseungguhnya seseorang itu berada dalam keadaan kerugian, kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh yg sentiasa berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran..

oklah tujuan nin harini nak didik korang untuk SOLAT.tapi kalau korang ada geng ke yang tak solat hah suh die baca ni.. insya Allah dengan izin Allah die sedar. saya coret ni pun.. untuk bagi pendapat yang saya ada. saya harap dapat jentik hati korang walaupun satu titik pun jadilah hehe..

JAGA SOLAT
bagi orang yang muslim JANGAN sesekali *meninggalkan* solat 5 waktu.. nin pasti ramai dekat luar sana ada yang pernah tinggal solat. tapi ada juga orang persoalkan mereka tu dapat keputusan bagus cemerlang hidup bahagia dah lah kaya pandai comel cantik hensem semuaaa perfect tapi tak solat, tak taat kepada perintah Allah.. tapi itu semua tipu syaiton. mereka sebenarnya berkeadaan ISTIDRAJ terhadap Allah. istidraj tu apa ye? istidraj ni Allah bagi macam-macam dekat dia sampai dia kaya Allah bagi lebih bagi lebih tapi tak solat,tak tunai zakat,buat maksiat dan mcm2 lagi.

sebenarnya walaupun kita nampak kebahgaian orang mcm tu. sedangkan hakikatnya mereka sedang diuji oleh Allah mereka diuji dengan kekayaan dengan kenikmatan yang Allah bagi untuk mengingatkan mereka bahawa segala kekayaan mereka itu adalah pemberian rezeki oleh Allah bukan mereka. mereka hanya mengusahakan sahaja. Allah nak tengok adakah mereka bersyukur dan yakin akan pemberian rezeki itu datang dari Allah. sebenarnya nin pasti ada mereka dalam kehidupan kaya ada dalam kehidupan yang miskin dan sederhana. sedangkan hakikat kaya atau miskin dua-dua itu diuji oleh Allah. orang kaya diuji dengan harta benda,kenikmatan yang berlebihan,diuji dengan sifat riyak,diuji dgn sifat bersyukur, lebih-lebih  lagi diuji dengan masalah kesihatan...

Allah bagi kita kaya bukan semata-mata untuk kita sahaja. sebahagian MESTI perlu disedekahkan diberi kepada orang yang lebih memerlukan kerana rezeki Allah milik semua orang.

bagi orang miskin diuji dengan kemiskinan kekurangan wang,kesusahan..tetapi Allah janji Allah akan mudahkan urusan mereka yang miskin di akhirat kelak dengan syarat kite sentiasa bersabar

tapi apa apa pun dalam islam menggalakkan umat islam KAYA.. tujuan untuk membangunkan agama Islam. gunakan kekayaan untuk benda kebaikan kerana kekayaan yang kita milik bukanlah milik kita selamanya, kerana tiada satu harta pun yang boleh membantu kita di alam kubur. hanya diri kita dan amalan kita. kalau boleh kite kaya dunia dan akhirat. kalau mereka yang betul2 kaya. jadikanlah kewangan kita itu dalam bentuk pahala.dengan bersedekah,memberi nafkah kepada kedua ibu bapa atau kearah jalan yg benar,..

ramai orang kata kenapalah aku kena solat aku tak faham ah..jap eh sebelum tu nin nk cerita pasal wudhu...
pernah tak dengar kalau marah ambil wudhu? kenapa ek. sebab masa kita marah syaiton akan bekerja keras untuk membara-bara kan kita. jadikan dengan air hati kita akan tenang dan syaiton pun akan lari.tips nak kurangkan sifat marah. 1. ambil wudhu, duduk, baring dan tenagkan fikiran,istighfar banyak2..haha okk lari dari tajuk pulak...

 ok kenapa perlu solat. meh nin cerita. kita ni manusia yang kerdil hanya sebagai hamba Allah perlu anggap solat ini sebenarnya adalah sebagai 'TERIMA KASIH' kita kepada Allah ataupun balasan kita untuk Allah sebagai tanda syukur dan terima kasih kerana Allah masih memberi kita peluang untuk hidup dalam muka bumi ini, solat sebagai terima kasih kerana Allah masih memberi nafas untuk kita hidup, memberi kita rezeki seperti makan masih boleh minum, masih boleh bercakap,masih boleh melihat ciptaan alam Allah,masih boleh mendengar, masih boleh berdiri,berjalan dimuka bumi Allah,sbg terimakasih kerana Allah telah memberi NIKMAT yang tak terkira, sebagai terima kasih kerana Allahmasih memberi pakaian yang cantik2 kepada kita pakaian yang baru kepada kita, makanan yang sedap2 kepada kita, kawan dan sahabat yang baik kepada kita, keputusan peperiksaan yang cemerlang, ibu bapa yang banyak beri kasih sayang kepada kita.

cuba .... kita... fikirkan sejenak.. tentang nikmat/rezeki yang Allah berikan sangat cukup besar kan?? tak kira miskin atau kaya. tapi Allah bagi nikmat dekat kita banyakkan?? masihh ada tangan ada dua kaki... cuba bayangkan ada orang yang bangun-bangun aikk.. tak boleh gerak kaki dia masya Allah.. ada yang bangun2 dah tak nampak dunia ini, jadi jika kita adal diantara manusia yang masih sempurna mempunyai cukup anggota badan sebaik-baiknya kita patut SANGAT RASA BERSYUKUR KEPADA ALLAh. kerana  Allah masih memberikankita peluang untuk melihat,berjalan,merasa,berpegang,mendengar.kerana Allah masih bagi pinjam kaki,tangan,telinga,mata Alhamdulillah terima kasih Allah banyak2. SEBAB ITULAH KITA kene balas balik JASA ALLAH YANG TAK TERHINGGA yang tak TERKIRA  betapa besarnya nikmat yg Allah bagi pinjam dekat kita. YA ALLAH!! terima kasih Allah..

 ehhh japp. apa dah sedarkan? yg Allah sebenarnya banyakk sangat bagi rezeki dekat kita SEBAB ITULAH kita kene balas jasa Allah dengan SOLAT 5 WAKTU untuk Allah. bukan untuk sesiapa tetapi untuk Allah... itu lah jawapannya kenapa kita kene solat adalah sebab yelah memang fist kali adalah kerana ia merupakan satu kewajipan untuk umat islam,kedua adalah keran itu perintah Allah kepada umat islam tapi x cukup lagi jawpaan.. yg ketiga adalah sebagai tanda kesyukuran,tanda terima kasih,kita kepada Allah.. jadi.. itu lah hadiah kita untuk Allah.solat adalah sebagai hadiah kita untuk Allah.. solat lah selagi masih hidup di muka bumi Allah. jangan sesekali tinggal 1 pun solat 5 waktu. pasti akan tenang mereka yang solat kepada Allah..

ok penatnya nin bebel2.. kesimpulannya, kalau korang rasa malas nak solat korang cube fikir kan atau tuliskan semua bende atau nikmat yang Allah dah bagi dekat kita.. lepastu termenungkan sejenak...  pasti korang akan rasa sedih .. jadi solat lah ye sahabat2 ku,..

APLIKASI KEHIDUPAN
cuba korang bayangkan... ada orang bagi kau macam-macam,hadiah,duit, tolong kau masa susah,selalu bagi kau kesenangan... mesti korang akan rasa awh terharunya, baikkknyaaa dieee!! mesti kalau mereka2 yang tolong korang masa susah korang akan tolong mereka..atau,korang akan bagi hadiah kan dekat mereka sebagai tanda terima kasih dekat mereka... macam itulah diantara kita dengan Allah. Allah bagi macam2 dekat kita jadi kite kenalah balas jasa Allah dengan solat.WALAUPUN kita dalam keadaan musibah atau kesusahan sentiasa jaga solat. kadang2 kalau kita rasa musibah mesti ada something wrong diantara kita dengan Allah. banyakk sangat pengalaman yang nin dengar. ada kisah cerita ni yang boleh dijadikan iktibar.. ada sebuah keluarga ni hidup dia sangat senang.. pada suatu hari Allah bagi musibah dekat mereka secara tiba2.. kereta mereka rosak dan tak boleh bergerak secara tiba-tiba dekat tepi jalan pulak tu. jadi kumpulan family sangat rusing..  dan selanjutnya itu musibah 1. musibah kedua pulak rumah diorang 'selalu' kena rompak 2/3 kali asyik kene rompak je.. kesian sangat2.. sekejap kereta berhenti,sekajap kereta rosak,sekejap rumah kene rompak..rupa-rupanya family tu tak bayar zakat.... seorang dari family tu sedar,, bile die dah bayar zakat.. masya Allah macam tibe2 magic.. kehiduoan makin senang,, sangat2.. dah tak kene rompak. ada jugalah kereta berhenti takde minyak tapiii ituu pun masa tu kebetulan betul2 depan stesen minyak. jadi urusan die mudah sangat2, kesimpulannya segala yang Allah perintah,taat lah kepadanya jangan sesekali kita melanggar  perintahnya... hahah itu baru tak bayar zakat. kalau solat humph.. stress lah jawabnya. kebanyakan pelajar2 yg stress tak cukup tidur ayisk letih depressed. adalah semuanya kerana mereka takk solat..kalau yg dah solat tapi tetap stressmacam mana pulak? kalau yg tu kita cube tengok balik. kita ada buat kesilapan/sakitkan hati tak dengan sesiapa?.. fikirkan sejenak..

jadi solatlah ye rakan-rakan. insya Allah hati tenang. walaupun korang rasa hati kau atau dirikau tak layak untuk solat. ingat satu bende je. Allah tak tengok masa silam kita Allah tengok masa sekarang kita berubah..jika kita bertaubat kepada Allah.. dan ingat ni juga. Allah lebih sayang kepada mereka yang bertaubat dari kisah silamnya dengan penuh keikhlasan.daripada orang yang pura-pura Alim/orang yg ahli ibadah tetapi riak

WALAUPUN SEJAHAT MANA PON KITA,SEJAHIL MANA PUN  KITA, SETERUK MANAPUN PERBUATAN MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN INGAT, ALLAH SENTIASA MEMBUKA PINTU TAUBATNYA,kerana itulah Allah sayang akan hamba-hambanya untuk kembali kepada pangkuan mereka.. walaupun kene dicaci dicerca oleh masyarakat kerana kisah silam kita ingat Allah sayang kan kita semua.. Allah sifatnya maha pengampun. senang je nak hapuskan dosa dulu. apa die? taubat.. bukan sekadar ,ok aku taubat je ..takkk!!.  korang kene betul2 taubat dengan rasa penuh insaf dan tidak akan mengulangi perkara silam dulu dan yang penting betul2 ikhlas kepada Allah.. hehee dah lari dari tajuk solat haha. patutnya kene buat tajuk 'berpeluangkah aku seorang pendosa?''

kalau boleh.. taubat lah,solatlah mulai dari sekranag kerana ajal maut bila2 masa sahaja berlaku.ajal maut tidak kira usia.. semoga kite mati dalam keadaan husnulkhotimah dengan cukup amalan2 yg mulia.janganllah kita mati dalam keadaan maksiat Allahu semoga Allah lindungi kita semua ok aamiin..mungkin kite mati malam ni? esok? tahun depan. 5 tahun depan sebab itu tujuan kenapa Allah rahsiakan tarikh kematian adalah supaya kita manusia sentiasa berada dalam keadaan bersedia kepad Allah.. moga Allah permudahkan urusan kita.. Aamin ya rabbalamin

eh eh jadi ustazah pulak harini.. haha taklah ni cume sekadar ilmu yang saya perolehi untuk berkongsi dengan semua orang.. heehe

lepasni mungkin saya busy sebab exam 3 minggu kadang2 sebulan pon ada jugak. apa2 pon tolong doakan saya SPM straight A terima kasih.. jasa awak amat dihargai.
Assalamualaikum.. ini semua yang saya coret adalah 100% datang dari isi hati saya. 

PENULIS:NIN