Tenang? apa rasa tenang eh? bahagia, happy,always in positive side...etc
macam mana nak tenang. sekarang terlampau ramai orang yang sedang menghadapi banyak cabaran dugaan,resah gelisah, dalam kondisi yang berbeza.. kalau pelajar SPM risau dengan examnya.kalau mak ayah risau dengan masa depan anaknya,pekerja risau dengan kedudukannya.
Tapi tips ni khas dituju untuk pelajar yang tertekan atau stress bila belajar,dapat keputusan tak cemerlang atau kena marah dengan guru. tapi boleh diguna oleh semua orang dekat dunia ni :)
apa tips tu?
haha ada satu je tips. satu satu tips ni sangatlah berkesan..
tips ni kita mampu ubah emosi orang lain dan emosi diri kita. hebat tak tips ni
ok ok nin bagitahu tips untuk sentiasa TENANG
ialah
SENYUM

Kenapa senyum? haha walaupun nampak perkara ni kecil tapi mengubah sesuatu yang besar
sebab dengan senyum sebenarnya kita akan membuat diri kita 'positif' dengan senyum otak kite akan
ubah fikiran dari stress,marah,sedih bertukar menjadi mood happy,bahagia,dan tenang..
AND instimewanya senyum adalah bila kita sentiasa senyummmm..dapat bantu emosi orang lain yg sedih.. nin hope sangat kalau korang pergi mana-mana ke dekat sekolah ke atau dekat luar sekolah Sentiasa amalkan senyum :) sebab senyum ni dapat membantu orang lain juga. orang yang sedih setelah kecewa atas sesuatu bila dia terpandang kita punya senyuman, percayalah dia akan rasa lega dan kurang dia punya sedih tu.. senyum ni lebih kepada penyakit baik yang berjangkit. orang lain yang sedih bila pandang senyuman kita. diorang akan rasa tenang dan rasa lega.. senyum lah. lagi-lagi bila orang yang kita senyum tu balas balik senyum. pasti perasaan and akan dihargai apa yang anda senyum tu.dan itu akan membuat anda lebih happy,dan tenang..
Ok macam mana pulak kalau orang tu stress belajar tapi takde orang sekeliling nak kena senyum juga ke. haha ya ! kena senyum sorang-sorang supaya tubuh badan kita ada positif mind. sebenarnya tanpa kita tahu senyuman tu sebenarnya menggerakkan lebih daripada 20 otot hanya untuk senyum je. betapa hebatnya senyum .. tanpa kita sedari kite akan perolehi pahala yang banyak sebab manatahu orang yang lihat kita senyum dari murung ke happy. dah dapat pahala bantu orang.
kalau rajin bacalah yang bawah ni :) bagusss bacalah.. hehe
___________________________________________________________________________
KEHEBATAN SENYUM DAN BERMANIS MUKA
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah" (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Senyum adalah salah satu sunnah dan akhlak Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling banyak senyumannya. Senyuman baginda adalah untuk kawan dan lawannya.
Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.
1. Senyum Membuat Anda Mempunyai Ramai Teman
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
4. Senyum Menghilangkan Stress
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imuniti
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.
6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Kajian mencatat bahawa tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.
Kajian mencatat bahawa tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.
7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.
8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.
9. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta suasana kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.
Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.
Senyum dan bermanis muka juga adalah salah satu medium dakwah. Untuk berdakwah manusia kepada Allah, tak semestinya perlu pandai beercakap. Malah dengan senyuman itupun adalah satu bentuk dakwah.Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.
Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.
SILA SHARE DAN SEBARKAN SENYUMAN 😊
(sumber facebook) penulis Ustaz IQBAL ZAIN