Assalamualaikum.OK.entri kali ni nin akan kongsikan tips-tips untuk dapatkan markah yang terbaik bagi mata pelajaran Matematik Tambahan .Sebelum nin masuk t.4 ramai akak-akak senior kata subjek paling susah Addmath,addmath dan addmath.. urgh masa tu dah start risau dah, tapi time tu yang rasa subjek paling seronok fizik hehe.ok berbalik kepada tajuk. Sebenarnya Addmath tak pernah susah 'selagi' kita faham konsep dia.
Antara tips-tips dia adalah
1. SETMIND dalam otak yang math SENANG math senang bnyk kali.
dengan cara ni akan merangsang tubuh badan kite untuk berfikiran 'positif'. ramai orang kata addmath tu susah sebenarnya sebab fikiran die kata susah so memang susahlah jadinya. cuba korang redha dan terima subjek addmath dengan sebaik-baiknya dan fikirkan yang aku ni boleh dapat markah TERBAIK.
2. BERGURU
yang kedua berguru. memang kalau kita nak belajar ke apa ke mesti kene ada bimbingan guru.Guru lah tempat kita faham dalam belajar sesuatu perkara, but saya yakin tak kesemua murid dapat guru yang bagus hebat ,faham ajar.ada certain yang tak faham cg ajar so, nin sarankan pelajar-pelajar yang bermasalah dengan guru Addmath sendiri seperti tidak faham mereka ajar... jangan putus asa jangan pecah harapan. setiap masalah ada penyelesaiannya. bagi mereka yang sering dapat GAGAL dalam matapelajaran ini Nin saran sangat-sangat untuk mendapatkan personal teacher..hometuition, atau kelas tusyen biasa.
Mungkin ada orang tertanya2.. nin ni tusyen ke addmath..? sebenarnya nin tak tusyen pun. dri t.4 lagi. sbb nin bergantung sepenuh kepada guru sekolah,nota, dan buku2 latihan.kalau x faham memang nin akan tanya cg addmath sendiri..sampai faham.. tapi kadang2 memang perlu pun setengah orang kene tusyen
Jangan sesekali rasa apabila duduk je dalam tingkatan 4 dianggap sebagai honeymoon,boleh rileks.tetapi sebenarnya tidak. Kita tidak boleh main-main masa tingkatan 4 ni sbb banyak lagi nak cover bile masuk f5. bagi Nin kalau tak faham subjek f4,memang takkan lepas masa f5 nanti..hmm
3. BERTANYA KEPADA GURU JIKA TIDAK FAHAM
Yang ketiga ni Nin selalu sangat tanya guru kalau setiap soalan tak faham. bukan sahaja subjek ni tetapi subjek lain pun ada. Sifat keberanian MESTI ada pada setiap pelajar yang ingin berjaya ! jadi jangan sesekali berasa 'takut' untuk bertanya kepada guru.. kerana guru ini memang tujuannya untuk bertanya dalam mencari ilmu..
4. BANYAKKAN BUAT LATIHAN
Tanpa latihan memang kita takkan biasa apabila menjawab peperiksaan. Sebenarnya 'latihan' lah yang paling banyak membantu kita dalam exam..Nin sebelum exam selalu baca nota dan buat banyak-banyak latihan.sebab bile kita buat banyak latihan kita akan terbiasa dengan soalan-soalan yang nampak macam familiar bila dalam exam..Nin sarankan buat MRSM SBP, TRIAL spm NEGERI atau SPM question banyak2.. dekat internet ada berlambak print je hehe..atau pun beli dekat kedai..utk f4 mungkin sesuai beli yg topikal. kalau f5 sesuai beli yg set.
Tips macam mana nak kerap buat latihan dengan rasa minat:
1. bulatkan topik/tajuk addmath yang anda lemah dekat buku teks atau buat topik yang anda suka
2. fokuskan latihan tu.dan jangan stressss atau fed up bile tak dapat jawab dan jangan terus putus asa
3 .kalau tak dapat jawab soalan tanya kawan yang mahir dan tanya kenapa soalan tu begini dan begini :)
4. kalau still tak dapat jawab soalan itu.. buat soalan lain, jangan kite tunggu berhari-hari untuk dapat jawapan bagi soalan tu,keran ia membolehkan kita lebih stress dan tidak suka akan matapelajaran ni..
5.kalau ada sifat keberanian saya lebih setuju untuk terus terang dengan bertanya guru.kerana guru adalah pakar dan mengandungi ilmu yang patut kite ambil.:)
kebanyakannya pelajar tidak suka akan matapelajaran ini kerana tidak mendapat jawapan bagi soalan tu lalu terus berputus asa. jadi berhati-hatilah ye.kite mungkin akan minat jika kita ada niat kesungguhan dalam belajar. Tetapi tak kesemuanya orang yang mampu minat matapelajaran ini,kerana setiap org ada personaliti masing-masing tetapi tidak mustahil jika ada semangat yang tinggi.. :)
5. BUAT HOMEWORK YANG DIBERI OLEH GURU
Kelima, buat semua homework yang diberi oleh guru. Bila time nak buat homework tu make sure set otak kita aku buat ni untuk mendapat ilmu,untuk menambahkan ilmu pengetahuan. :) insya-Allah datangnya keikhlasan itu bile buat homework.mana tahu akan berkat ilmu itu. ;)
6. BUAT NOTA ADDMATH
Yang ni sangat penting dan sangat memberi kekuatan dan semangat untuk belajar. sangat membantu apabila exam melanda.. Cg Nin memang setiap kali kelas addmath akan bagi nota dekat papan putih. dan semua orang akan salin nota tu .Sangat faham bila ada nota dan mudah tangkap bila belajar. Tak kesemua guru yg beri nota. jadi kita sendiri kene kreatif dan buat nota sendiri.. dalam buku tulis untuk Math..kemungkinan insya-Allah kalau bersekempatan saya akan share nota-nota yang diberi oleh guru di entri saya..sangat hebat nota tuu..Bukan setakat addmath sahaja Nin ada. ada yang subjek yg cikgunya tidak memberi nota. malah Nin tetap juga nak buat nota supaya lebih faham.. kalau rasa malas nak buat nota ,boleh juga beli buku rujukan. :) ia depends kepada kesesuaian orang itu. tetapi mungkin ada yg tidak setuju kalau addmath buat nota haha.. tapi takpe buat latihan banyak2 pun sebenarnya dah cukup... tapi mereka yg lebih nak faham buat lah nota..
''LEBIHkan LATIHAN drpd nota okay..''
7. AJAR ORANG
tapi apa yg nin pegang sampai bile2 utk dapatkan gred A dalm Addmath ni adalah nin
'' SUKA AJAR ORANG''
tu lah tips yang memang tak akan nin berhenti untuk buat
''the more you teach, the more clever you are''-nin
''the more you teach, the more you learn''-
nin faham kadang2 bile org tu pandai dalam semua subjek mostly ramai yang kedekut ilmu, memang susah sangat nak jumpa orang yang pandai dan orang yang suke share ilmu yang dia ada. hahaha mungkin diorg tak nak kongsi ilmu sebab takut orang lain lagi pandai daripada die. tapi tu semua salahh... TRUST me beb.. bile korang ajar orang, korang sebenarnya 20 kali ganda lagi pandai dari kau yang asal...
nin memang suka sangat ajar orang.. walaupun orang tu tak minta nin NAK juga ajar diorang, sbb nin tahu bile nin ajar orang nin yang sebenarnya lagi faham n lagi pandai. bile kite ajar orang kite sebenarnya tengah buat revision untuk diri sendiri. korang bayangkan BANYAK gila manfaat dengan hanya ''ajar orang''
first kali.
semestilahhhh korang akan dapat PAHALA. apatahlah lagi bile ilmu yang korg share tu org tu share dekat kwn die n so on n so on.. lagi tambah panyak pahala..pahala terusss menerus mengalirr..
kalau korg rasa berat sangat nak share ilmu .. cube korg bayangkan kalau korang sorang je tahu ilmu, n bayangkan jika ilmu tidak berkembang .. tak bermakna langsung ilmu yg korang ada..ibarat korang sorang je hidup.. SELFISH
secondly is, bile ajar orang korang akan melibatkan banyak deria dan aktiviti fizikal. mendengar,bercakap, melihat,menulis semuaaa tu melibatkan banyak rangsangan, dan menyebabkan kefahaman korang sendiri akan berganda daripada belajar sorg... sbb tulah ramai kata study gp lagi bagus dari belajar sorang2..huhu
walaupun korang anggap diorg yang korang ajar tu akan lebih faham.sebenarnya korang yang ajar tu LAGI duplicated faham haha..
sebenarnya tak kiralah kalau ilmu korang sikit ke banyak ke. selagi korang ada ILMU itu selagi tulah share dekat orang ye. kalau kite mati dulu. ilmu tu sampai kt kite je,maksud nin ilmu yg kite ajar penat lelah stop kt kite je.. haha
itu one of the most precious tips yang nin memang akan guna sampai masuk U.. haha..
kalau bukan sebab nin tak ajar orang addmath dah lama A tu melayang.. haha
8.. NIAT BELAJAR KERANA ALLAH
ok ni last sekali,niat mesti kena pasang iaitu kita kene niat belajar kerana Allah. setiap kali Nin nak memulakan pelajaran atau study mesti nin akan set kan niat 'Aku belajar kerana Allah dan untuk penambahan ilmu' :)
Semoga kita sama-sama mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan :) dan berkat ilmu itu hingga ke akhir hayat.
p/s fokus jugak dekat subjek-subjek yang lain hehe :)
August 26, 2018
August 25, 2018
INTRODUCTION
Assalamualaikum.. nama aku nin tapi dlm blog ni aku perbahasakan diriku 'nin'...
blog nin ini menceritakan serba sedikit nasihat,motivasi, pengalaman sepanjang aku hidup.dan aku berharap agar kata-kata nasihat ini memberi impak positif kepada para pembaca dalam kehidupan,. serta menjadi saham aku di akhirat kelak ketika aku tiada :").. selamat membaca!!
blog nin ini menceritakan serba sedikit nasihat,motivasi, pengalaman sepanjang aku hidup.dan aku berharap agar kata-kata nasihat ini memberi impak positif kepada para pembaca dalam kehidupan,. serta menjadi saham aku di akhirat kelak ketika aku tiada :").. selamat membaca!!
Subscribe to:
Comments (Atom)